suria

‘Air Force The Movie: Selagi Bernyawa’ kutip RM13 juta kurang tempoh seminggu, petanda baik buat industri filem tempatan

Air Force mengitup RM13 juta kurang daripada seminggu ditayangkan di pawagam.

FILEM aksi Air Force The Movie: Selagi Bernyawa mencipta sejarah tersendiri apabila merekodkan kutipan sebanyak RM13 juta hanya dalam tempoh kurang seminggu ditayangkan di pawagam.

Berita baik itu dimaklumkan menerusi akaun rasmi @airforcethemovie_official pada Khamis selain melahirkan ucapan terima kasih kepada penonton yang memberi sambutan luar biasa kepada naskhah berkenaan.

Kejayaan itu juga turut dikongsi oleh pelakon filem berkenaan seperti Datuk Adi Putra dan Aiman Hakim Ridza yang menzahirkan rasa terharu dengan sokongan penonton dan berharap agar masyarakat Malaysia terus menyokong filem tempatan.

Aiman menerusi hantaran di Instagram memberitahu sokongan penonton akan memberikan impak positif kepada industri filem pada masa akan datang.

1716219

Adi Putra antara pelakon hebat dalam Air Force The Movie.

Sementara itu, rata-rata peminat memberikan reaksi positif di ruangan komen dengan memuji kehebatan filem arahan Zulkarnain Azhar dan Frank Shee ini.

"Saya dua kali repeat tengok Air Force.

ARTIKEL BERKAITAN: Kutip RM8 juta dalam 4 hari, ‘Air Force The Movie: Selagi Bernyawa’ bakal masuk pawagam Korea Selatan, Jepun dan Taiwan

"Tahniah team Air Force. korang memang gempak! Filem yang baik, saya suka, baru menonton filem ini semalam," tulis netizen.

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Datuk Adi Putra, Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As'ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo.

Terdahulu, filem ini bakal menembusi pasaran antarabangsa apabila bakal ditayangkan di Korea Selatan, Jepun dan Taiwan yang membuktikan kualiti filem tempatan setanding dengan naskhah antarabangsa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain