suria

Ungguli senarai pencalonan AIM23, Dayang Nurfaizah sifatkan ‘Belagu’ projek dekat di hatinya

Dayang syukur berjaya menerima enam pencalonan dalam AIM23.

PENYANYI Dayang Nurfaizah meluahkan rasa syukur apabila mengungguli senarai pencalonan Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) yang bakal berlangsung pada 11 September ini.

Dayang yang memperoleh enam pencalonan memberitahu Belagu merupakan projek yang dekat di hatinya dan menyifatkan penghargaan tersebut merupakan bonus kepada penghasilan album tersebut.

"Belagu adalah sebuah projek yang dekat di hati Dayang dan pencalonan ini adalah bonus dan penghargaan buat semua yang menyumbang kepada penghasilan album ini.

149696819_215982720228836_7996597694851429675_n

Dayang turut dicalonakan menerusi kategori Rakaman Album Terbaik.

"Terima kasih juri dan AIM atas pencalonan ini. Tidak lupa pada semua yang menyokong Belagu," katanya menerusi hantaran di Instagram.

Menerusi album berkenaan, Dayang menerima pencalonan menerusi kategori Rakaman Lagu Terbaik menerusi lagu Tudung Periuk dan Malam Ku Bermimpi, dua kategori dalam Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Tudung Periuk dan Malam Ku Bermimpi), Rakaman Album Terbaik serta Kulit Single/Album Terbaik.

ARTIKEL BERKITAN: “Gosip cinta... dah penat orang akan berhenti” - Dayang Nurfaizah biar peminat buat spekulasi

ARTIKEL BERKAITAN: Lima tahun menyepi, AIM edisi ke-23 berlangsung 11 September depan

AIM23 bakal berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada pukul 9 malam dan turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria.

Dalam pada itu, selain Dayang, AIM23 turut memperlihatkan penyanyi Yonnyboii dan Ernie Zakri masing-masing mendapat empat pencalonan.

Yonnyboii tercalon dalam kategori Rakaman Album Terbaik (Yonny Deluxe Version), dua pencalonan dalam kategori Lagu R&B/ Hip Hop Terbaik (Tak Sangka & Orang Lain) dan Album Terbaik (Yonny Deluxe Version).

145218139_110634341012532_6042467434300370173_n

Dayang tak lupa sokongan peminat.

Manakala Ernie mendapat pencalonan Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Sinar Mata Hati), dua pencalonan dalam kategori Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu iaitu Goodbye Hello duet bersama Syamel dan Berakhirlah Pencarianku bersama Hafiz Suip.

Bagi edisi kali ini, pihak penganjur menerima 650 pencalonan bagi karya yang diterbitkan dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2022 dan hanya 105 daripadanya disenarai pendek menerusi 21 kategori yang dipertandingkan.

Penjurian bagi menentukan pemenang diketui oleh Datuk Mokhzani Ismail, Omar K, DJ Fuzz, Adi Priyo, Shah Slam, Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Datuk Afdlin Shauki, Mas Idayu, Noryn Aziz, Fauzi Marzuki dan lain-lain.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Albertine hilang ditemukan selamat