suria

Abang Ummi Nazeera pimpin tangan pelakon Indonesia Raline Shah curi perhatian, netizen kata bagai pinang dibelah dua!

Video yang dimuat naik di laman TikTok itu menerima lebih 30 ribu tanda suka

KEMUNCULAN abang kepada aktres Ummi Nazeera iaitu Nazreem Musa bersama pelakon terkenal Indonesia, Raline Shah mencuri perhatian ketika mereka menghadiri sebuah majlis perkahwinan baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik Nazreem di akaun TikTok miliknya, ramai menyangka dia dan Raline adalah pasangan kekasih apabila melihat kemesraan ditunjukkan dalam rakaman tersebut.

Tampil berpimpinan tangan ke majlis berkenaan, rata-rata menganggap Nazreem dan Raline kelihatan serasi sebagai pasangan dan mempunyai aura tersendiri.

"Sepadan, serasi semualah! Vibes mereka suka sangat.

RALINE 1

Raline Shah dilihat menemani Nazreem Musa dalam sebuah majlis perkahwinan

"Bagaikan pinang dibelah dua, sweet sangat," tulis netizen di ruangan komen video berkenaan.

Sebelum ini, Nazreem juga dilihat kerap berkongsi foto bersama penyanyi Daiyan Trisha sehingga timbul gosip mengatakan mereka mempunyai hubungan istimewa.

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu ‘berkepit’, Daiyan Trisha sudah dua tahun rapat dengan abang Ummi Nazeera

ARTIKEL BERKAITAN: Keterbukaan peminat Indonesia bukan tiket cipta kontroversi, Anna Jobling tetap pegang pesanan ibu bapa

Namun Daiyan pernah menjelaskan perkenalan selama dua tahun itu tidak lebih daripada sahabat baik.

Sehingga kini, video tersebut menerima lebih 30,000 tanda suka dengan komen yang turut memuji penampilan kacak personaliti itu.

Netizen seakan-akan 'tidak tentu arah' melihat ketampanan Nazreem mengenakan sut rona hitam yang dikatakan begitu sesuai dan menyerlahkan gaya maskulin.

RALINE 2

"Bagai pinang dibelah dua" - Netizen

"Suka tengok Nazreem pakai sut, kacak!

"Nazreem ni kalau pakai sut nampak handsome, dia macam vibes watak dalam novel. Apatah lagi kalau pakai baju Melayu.

"Elok pakai sut dengan rambut kemas macam itu, auto kacak," tulis netizen.

Tidak hanya Nazreem, penampilan Raline dalam gaun putih turut mendapat pujian peminat sehingga ada mengusik mereka sepadan sebagai pasangan.

Raline cukup terkenal menerusi lakonannya dalam filem seperti Syurga Yang Tak Dirindukan, Orang Kaya Baru, 5cm dan 99 Cahaya Di Langit Eropah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain