suria

Yuna sudah lali dikritik, tak benarkan diri dikuasai perkara negatif

Yuna sudah lali dengan kritikan dan kecaman terhadapnya.

KETIKA namanya terus berkembang di bumi Amerika Syarikat, penyanyi Yuna juga tidak terlepas daripada kritikan dan komen pedas netizen yang memperkatakan tentang dirinya.

Sedar akan hal tersebut, Yuna atau Yunalis Mat Zara'ai, 36, tidak pernah mengambil serius tentang kata-kata negatif yang boleh menggangu fokusnya terhadap karier seninya.

Malah kata penyanyi lagu Crush ini, selama 15 tahun bertapak dalam industri muzik, Yuna juga sudah lali berdepan dengan situasi sedemikian.

"Saya tidak pernah baca komen negatif tentang saya. Kenapa perlu ambil tahu perkara yang boleh memperlahankan kerja saya.

277904816_945305872798749_6959909556833528485_n

Yuna kini sedang sibuk menyiapkan album terbaharunya.

"Apa yang penting adalah saya ikhlas buat kerja dan tidak akan membiarkan perkara negatif memberi kesan kepada diri.

"Tidak mengapalah orang nak bercakap sekali pun. Itu perkara normal... 15 tahun dalam industri saya sudah terbiasa," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Busana Aina Abdul ke KLFW2022 jadi tumpuan, sorakan buat Vida muncul di pertunjukkan fesyen Behati

ARTIKEL BERKAITAN: Asam pedas, sambal udang petai air tangan Siti Nurhaliza buat suami sempena ulang tahun ke-16 perkahwinan

Bercakap tentang perkembangan terbaharunya, Yuna berkata, dia kini sedang bekerjasama dengan penyanyi Aizat Amdan untuk projek terbaharunya di Amerika Syarikat.

Menerusi projek yang memperlihatkan Aizat menggunakan nama Ai.Z itu, Yuna menyumbangkan beberapa lagu dan lirik selain memperkenalkan penyanyi itu kepada penerbit di negara tersebut.

Tidak hanya itu, Yuna memberitahu dia juga sedang sibuk menyiapkan album terbaharunya selain berharap dapat kembali ke tanah air bagi mengiburkan peminat.

"Insya-Allah saya mahu mengadakan konsert di Malaysia tetapi sebelum itu saya akan mengadakan konsert jelajah di beberapa buah bandar di Amerika bermula November depan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain