suria

Luahan hati Jasmin Hamid bukan tuju pada sesiapa, yang terasa akan faham!

Luahan Jasmin menimbulkan tanda tanya.

TIADA angin tiada ribut, pelakon Jasmin Hamid tiba-tiba meluahkan perasaan seakan-akan tidak berpuas hati dengan seseorang menerusi beberapa perkongsian di Instagram miliknya pqda Rabu.

Enggan mengulas lanjut hal berkenaan, Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid, 48, bagaimanapun memberitahu luahan itu sekadar perkongsian umum dan terpulang jika ada pihak yang terasa hati dengan penulisan tersebut.

"Saya hanya cakap tentang apa yang berlaku di sekeliling. Perkara dah berlaku biarkanlah. Kalau ada yang tahu mereka akan faham.

jasmin 2

Jasmin harap mana-mana pihak yang terasa boleh memahami luahannya.

"Apa yang boleh saya katakan jangan terlalu poyo tetapi diri sendiri tunggang-langgang. Jagalah keluarga sendiri dahulu," katanya ketika dihubungi mStar.

Jasmin sebelum ini menulis beberapa hantaran di IG story tentang individu yang dikatakan terlalu sibuk dengan hal orang lain sehingga terlupa akan kebajikan keluarga sendiri.

"Kenapa sibuk sangat kejar syurga dan pahala di luar sehingga dua pintu syurga yang ada dalam rumah sendiri kita abaikan?

ARTIKEL BERKAITAN: Jasmin Hamid masuk CCU akibat serangan jantung

ARTIKEL BERKAITAN: Jasmin Hamid minta netizen jaga adab, tersinggung baca komen macam ibu dan anak... Sudah rezeki bersuami muda

"Berbakti dengan orang luar kerana ingin disanjung oleh manusia sehingga terlupa untuk berbakti kepada ibu bapa sendiri," tulisnya.

Sementara itu mStar sempat bertanya khabar Jasmin selepas dia terkena serangan jantung sehingga dimasukkan ke hospital pada awal Jun lalu.

Menurut Jasmin, dia kini sudah kembali bekerja seperti biasa dan akan menunggu untuk melakukan rawatan susulan pada Februari tahun hadapan.

Apa yang boleh saya katakan jangan terlalu poyo tetapi diri sendiri tunggang-langgang. Jagalah keluarga sendiri dahulu

JASMIN HAMID

PELAKON

Dalam masa sama, Jasmin turut meluahkan rasa kecewa apabila ada sesetengah pihak yang seakan lebih tahu akan kondisi dirinya dan menganggap jadual kerja menjadi punca dirinya terkena serangan jantung.

"Setakat ini doktor maklumkan jantung saya masih baik dan jika terkena serangan lagi akan segera dapatkan rawatan. Sekarang saya makan ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital.

jasmin 3

Jun lalu Jasmin dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung.

"Ramai yang cakap saya stress sebab banyak kerja. Sebenarnya kalau tidak kerja lagilah stress. Mereka tidak tahu masalah saya dan mudah buat kesimpulan.

"Serangan jantung saya saya alami ini bagaikan satu kesalahan besar. Kalau sekadar bercakap tanpa membantu, lebih baik diam sahaja.

"Syukur saya boleh bekerja seperti biasa. Selagi mampu saya akan terus bekerja," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain