suria

Puteri Sarah ucap tahniah 'Mat Kilau' cecah RM90 juta, jadi saksi kepayahan Syamsul siapkan filem ketika PKP

Puteri Sarah memberitahu dia pernah ke set penggambaran 'Mat Kilau' meskipun waktu itu sedang hamil anak kedua.

BIARPUN sedang berdepan dengan pergolakan rumah tangga, pelakon Puteri Sarah Liyana tetap mendoakan yang terbaik buat suami, Syamsul Yusof selain tumpang gembira atas kejayaan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan memproleh kutipan RM90 juta di pawagam.

Kata Puteri Sarah, dia menjadi saksi kepada kepayahan dan cabaran dihadapi oleh suami dan pihak produksi sepanjang proses penggambaran termasuk suntingan filem yang dilakukan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Syamsul dan pasukan Mat Kilau. Saya tahu macam mana sukar proses menyiapkan filem itu dilakukan.

Puteri Sarah mengucapkan tahniah atas kejayaan filem arahan suaminya, Syamsul Yusof, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang mendapat kutipan RM90 juta.

"Kalau hendak diikutkan masa itu saya baru mengandungkan Sumayyah. Jadi saya ada di set penggambaran dan memberi sokongan kepada suami dan tahu bagaimana sukarnya masalah dihadapi," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Puteri Sarah juga menghargai usaha keras barisan pelakon dan tenaga kerja filem berkenaan termasuk penerbit, Studio Kembara Sdn Bhd.

ARTIKEL BERKAITAN: “Siapa yang buat undang-undang?” - Syamsul Yusof langgar ‘peraturan’, percaya kata hati bukan buku

"Tahniah saya ucapkan kepada semua. Berkat doa orang ramai, Alhamdulillah syukur, rezeki dapat RM90 juta," jelasnya.

Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan mencecah kutipan pecah panggung RM 90 juta dalam masa 33 hari tayangan.

Naskhah tersebut turut berada di kedudukan pertama carta Top 10 filem selama lima minggu berturut-turut sejak ditayangkan pada 26 Jun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain