suria

Ali Karimi tak guna ‘cable’ berlakon filem Mat Kilau, bakat bersilat jadi faktor Syamsul Yusof tawar peluang

Ali terima tawaran berlakon bukan kerana bapanya penerbit.

MERUPAKAN anak kepada penerbit filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan tidak memberi jalan mudah buat pendatang baharu Ali Karimi diterima sebagai salah seorang pelakon dalam karya tersebut.

Menurut Ali, 32, bapanya iaitu Abdul Rahman Mat Dali tidak masuk campur urusan pemilihan pelakon kerana semuanya di atas persetujuan pengarah, Syamsul Yusof.

Kata Ali, Syamsul memilih dia membintangi filem itu kerana percaya dengan bakat dan kemahirannya dalam seni silat.

"Penerbit tidak meletakkan syarat untuk saya berlakon dalam filem itu, terpulang kepada Syamsul untuk membuat penilaian adakah saya sesuai dan layak.

ali karimi 2

Ali terbuka terima lebih banyak tawaran berlakon aksi.

"Apabila diberi kepercayaan, saya buat dengan baik. Saya juga minat sejarah dan seni mempertahankan diri silat," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ali mengakui sambutan penonton terhadap filem ini sedikit sebanyak dapat memperkenalkan namanya kepada masyarakat.

Tidak pernah terfikir bakal dikenali, Ali yang mempunyai kerjaya tetap dalam bidang pengurusan berkata dia hanya berharap mesej filem tersebut dapat disampaikan kepada penonton.

ARTIKEL BERKAITAN: Filem Syamsul Yusof box office lagi! ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ kutip RM47 juta dalam masa 11 hari, bakal atasi ‘Munafik 2’

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa sangka penerbit ‘Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan’ bukan orang filem, 30 tahun tak jejak panggung wayang

Dalam masa sama, Ali juga tidak menganggap percubaan pertamanya dalam dunia lakonan ini sebagai langkah serius untuk bergelar anak seni.

Ini kerana dia hanya terbuka menerima tawaran berlakon watak aksi seperti karakter Brahim yang dia bawa dalam filem itu.

"Saya cuba masuk ke bidang lakonan bukan untuk dikenali. Saya amat bersyukur mesej sebenar filem ini berjaya disampaikan kepada penonton.

"Saya terbuka untuk terima tawaran berlakon selepas ini, namun harus memilih watak juga. Kalau boleh saya mahu lebih fokus kepada watak aksi," jelasnya.

Penerbit tidak meletakkan syarat untuk saya berlakon dalam filem itu, terpulang kepada Syamsul untuk membuat penilaian adakah saya sesuai dan layak

ALI KARIMI

PELAKON

Bercakap tentang pengalaman bergandingan dengan pelakon hebat lain, Ali mengakui gementar ketika awal pertemuan di set penggambaran.

Bagaimanapun, sikap keterbukaan dan saling membantu antara barisan pelakon membuatkan Ali lebih selesa bergaul.

ali karimi 3

Barisan utama pelakon Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan.

"Ketika awal masuk set penggambaran saya sudah mula rasa gementar apabila melihat barisan pelakon-pelakon yang hebat. Mereka tidak mengenali saya kerana masih baharu dalam dunia lakonan.

"Bagaimanapun kesemua mereka sangat terbuka dan membantu saya untuk menjiwai watak. Perasaan gementar dan rasa kekok mula hilang apabila boleh bergaul dengan mereka," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain