suria

Pengurus ambil amanah arwah Adibah Noor, jaga 24 ekor kucing

Kucing-kucing Adibah akan dijadi oleh pengurus dan kakak arwah.

KEPRIHATINAN netizen terhadap nasib 24 ekor kucing milik penyanyi Allahyarham Adibah Noor akhirnya ternokhtah apabila haiwan itu bakal diperlihara oleh pengurus arwah sendiri.

Pengurusnya yang mahu dikenali sebagai Todd berkata, dia banyak menerima mesej dan pertanyaan orang ramai yang menawarkan diri untuk menjaga kucing-kucing tersebut.

Menurut Todd, dia memegang amanah Adibah yang mesra disapa kak Dib agar memintanya untuk menjaga kesemua kucing tersebut selepas Allahyarham tiada.

"Saya terima banyak mesej cakap nak minta bela kucing-kucing arwah. Malah ada pihak tawar diri nak jaga kucing arwah la. Kucing-kucing masih di rumah arwah kak Dib.

adibah

Adibah mempunyai 24 ekor kucing.

"Arwah memang dah amanahkan saya untuk menjaga kucingnya. Arwah kata bila dia tak ada, tolong jaga kucing dia. Ikutkan masa dia masih ada pun, saya jaga juga.

"Jadi, memang tak pernah berniat pun nak bagi kucing-kucing arwah kepada orang lain. Saya dan kakak arwah yang akan jaga semuanya," kata Todd kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa nasib 40 ekor kucing Adibah Noor? Pengusaha rumah perlindungan haiwan tawar diri nak bela, waris tak perlu bayar

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bukannya orang yang sabar seperti Adibah” – Kematian Adibah Noor buat Ustaz Kazim rasa malu

Kak Dib memang jaga kucing-kucingnya sejak mereka kecil lagi.

TODD

PENGURUS ADIBAH

Pada Sabtu lalu, industri hiburan dikejutkan dengan berita permegian penyanyi Adibah Noor yang meninggal dunia pada pukul 7.40 malam selepas alami sesak nafas. Allahyarham juga menghidap kanser ovari.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, pada Ahad.

Dalam pada itu, Todd memberitahu Adibah sudah menjaga kucing-kucing tersebut sejak haiwan itu kecil dan membelanjakan hampir RM3,000 setiap bulan bagi urusan membeli makanan dan berkaitan dengannya.

Adibah

Adibah jaga kucing sejak mereka kecil.

"Kak Dib memang jaga kucing-kucingnya sejak mereka kecil lagi. Semua kucing itu orang bagi dan ada yang datang sendiri. Tapi tak ada pun penambahan kucing baru.

"Kucing jadi banyak sebab beranak-pinak... itu yang bertambah. Kesemuanya ada 24 ekor dan selalunya arwah akan membelanjakan wang untuk membeli makanan dan ubat-ubatan kucing.

"Arwah memang seorang yang tidak pernah berkira bila melibatkan kucing-kucingnya," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain