suria

Haziq Hussni tinggalkan Hot FM selepas 9 tahun berkhidmat

Haziq tinggalkan Hot FM.

SELEPAS sembilan tahun berkhidmat, penyampai radio Hot FM iaitu Haziq Hussni mengumumkan dia tidak lagi menyambung kontrak kerja dengan stesen radio berkenaan bermula pada Jumaat.

Menurut Haziq atau nama penuhnya Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni, 32, hasrat untuk berhenti disuarakan sejak tahun lalu dan pihak pengurusan bersetuju menamatkan kontraknya pada Jun 2022.

ARTIKEL BERKAITAN: Sepasang anak Haziq Hussni alami jangkitan virus pada paru-paru, sudah dua hari masuk hospital... kena pakai ‘nebuliser’

"Niat saya untuk tidak menyambung kontrak telah diberitahu kepada pihak pengurusan sejak akhir 2021 dan setelah berbincang, saya akan mengakhiri kontrak sehingga June 2022.

"Saya bermula di Hot FM sejak Mac 2013 sebagai Zoomerz dan October 2014 sebagai penyampai radio. Sembilan tahun yang indah dan penuh suka duka," katanya kepada mStar.

Buat masa ini saya akan fokus kepada beberapa perkara dahulu seperti perniagaan, pengacaraan serta meluangkan masa bersama keluarga

HAZIQ HUSSNI

PENYAMPAI RADIO

Bercakap tentang perancangan kerjaya selepas ini, Haziq memberitahu dia mahu memberi fokus kepada perniagaan selain ingin meluangkan masa bersama keluarga.

"Buat masa ini saya akan fokus kepada beberapa perkara dahulu seperti perniagaan, pengacaraan serta meluangkan masa bersama keluarga.

"Apa lagi saya baru sahaja menimang cahaya mata ketiga.

haziq hussni 2

Haziq bersama isteri dan dua orang anaknya.

"Ada juga perancangan terbaharu dalam kerjaya yang bakal saya umumkan apabila tiba masa sesuai nanti," ujarnya.

Haziq mengendalikan segmen Sembang Squad pada setiap Isnin hingga Jumaat bersama rakan penyampai Riena Diana.

Untuk rekod, Haziq mendirikan rumah tangga dengan wanita bernama Ayunda Putri pada Julai 2016 dan mereka kini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Haziq Hussni, Hot FM

Artikel Lain