suria

Aksi Mak Wan Latah berjoget sambil karaoke dikecam netizen, dakwa jadi punca perceraian

Aksi Mak Wan berkaraoke dikecam netizen.

GARA-GARA memuat naik video sedang berkaraoke, pelakon Mak Wan Latah menerima kecaman netizen sehingga ada yang mendakwa perbuatannya itu menjadi punca perceraian dengan suaminya.

Menjawab kritikan tersebut, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61, aktiviti karaoke itu merupakan salah satu cara untuk dia melepaskan tekanan selepas penat menjalani penggambaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak Wan Latah reda perkahwinan hanya bertahan 3 bulan, enggan buka aib keluarga bekas suami

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Mak Wan Latah diceraikan dengan talak satu... Perkahwinan hanya bertahan 3 bulan

"Salah ke saya karaoke? Itu adalah video lama dan memang saya suka berkaroke. Bila tertekan selepas shooting saya berkaraoke. Ada ke hukum yang katakan salah?

"Saya tidak usik sesiapa pun, jadi kenapa nak marah? Saya buat hanya untuk gembirakan diri sendiri.

"Tolonglah jangan suka kecam orang lain. Cukup-cukuplah tu," jelasnya.

Saya tidak usik sesiapa pun, jadi kenapa nak marah? Saya buat hanya untuk gembirakan diri sendiri

MAK WAN LATAH

PELAKON

Dalam pada itu, Mak Wan juga memohon agar netizen tidak terlalu cepat meletakkan sebarang hukuman atau mudah memberi kecaman.

Pelakon drama 7 Hari Mencintaimu 3 ini juga menegaskan perceraian dengan bekas suami sudah tertulis dan ia bukan alasan untuk orang lain mudah bercakap buruk tentang dirinya.

"Hati kita jangan hitam... Jangan menghukum seseorang disebabkan dia sudah bercerai.

"Itu semua adalah perancangan Allah. Kita tidak boleh melawan takdir," ujarnya.

mak wan latah 3

Mak Wan bersama bekas suami dan keluarga.

Mak Wan mendirikan rumah tangga dengan Husain Dolah pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak.

Perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila Husain melafazkan cerai terhadap Mak Wan dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 21 April.

Mak Wan bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah pada hari tersebut dengan alasan tertentu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain