suria

Comelnya! Elfira Loy kongsi wajah anak, pilih nama Nur Aria Mikayla

Elfira kongsi wajah dan nama anak keduanya selepas tujuh hari.

SELEPAS tujuh hari melahirkan anak kedua, pelakon Elfira Loy berkongsi wajah dan nama penuh puteri kesayangannya menerusi laman Instagram miliknya.

Bersyukur dengan kehadiran puterinya, Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri memaklumkan nama anak keduanya adalah Nur Aria Mikayla.

ARTIKEL BERKAITAN: Elfira Loy menangis tengok suami sambut kelahiran anak, selamat timang ‘baby girl’

"Kami bersyukur dengan kehadiran bayi perempuan kami. Assalammulaikum ya Nur Aria Mikayla Muhammad Faris," kongsi Elfira.

Elfira Loy

Wajah anak kedua Elfira.

Sebelum itu, pelakon berusia 28 tahun itu memuat naik foto wajah penuh bayi perempuannya di laman Instagram miliknya pada Jumaat.

Ruang komen di perkongsian itu dipenuhi dengan ucapan tahniah serta memuji wajah comel anak kedua Elfira dan suaminya iaitu Muhammad Faris.

Malah menerusi perkongsian tersebut juga, Elfira turut berkongsi akaun Instagram rasmi anak keduanya itu iaitu Nurariamikayla.

Dalam pada itu, pelakon drama Dear Cinta ini turut mengharapkan semua orang dapat mendoakan yang baik-baik untuk anak perempuannya.

Elfira Loy

Elfira dan suami juga mempunyai anak lelaki, Rayyan.

"Doa adalah penguat setiap harapan. Doakan puteri kami menjadi antara pemudi solehah yang diberikan kerahmatan berpanjangan, kasih sayang yang tidak henti, tidak putus rezeki didunia dan di akhiratnya lagi dihiasi dengan kilauan kebaikan budi dan ketinggian pekerti," tulisnya.

Elfira selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 20 Mei lalu di pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris atau Muhammad Farsis Khairul Anuar pada 1 Januari 2019.

Pasangan itu turut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama RayMuhammad Rayyan Khalaf berusia dua tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain