suria

Peminat tak percaya isteri Haqiem Rusli buncit, teruja nampak ‘baby bump’ pada foto percutian

Foto Haqiem dan isteri yang menimbulkan tanda tanya peminat.

FOTO percutian yang dikongsi oleh isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea menarik perhatian netizen yang mula mengesyaki wanita itu kini benar-benar sedang hamil.

Biarpun sebelum ini Anis, 20, pernah memberitahu perutnya hanya buncit, namun peminat tetap teruja dan mula mengucapkan tahniah kepada wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Haqiem Rusli disangka hamil gara-gara gurauan ‘anak coming soon’... Janji kongsi berita gembira apabila tiba waktu

“Tahniah... dah nampak baby bump tu.

“Bukan buncit tu. Tak padan langsung kalau orang cantik macam ini dikatakan buncit. Alhamdulillah... tahniah.

“It’s a baby,” komen netizen.

Tahniah... dah nampak baby bump tu

NETIZEN

Haqiem dan isterinya bagaimanapun tidak memberi sebarang komen balas tentang perkara tersebut.

Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan, pasangan itu kini sedang bercuti di Turki.

haqiem rusli 2

Haqiem sebelum ini pernah bergurau bakal jadi bapa.

Sebelum ini, berita kononnya isteri Haqiem sedang hamil hangat diperkatakan apabila penyanyi lagu Mimpi itu secara bergurau menyebut bakal menjadi bapa.

Untuk rekod, Haqiem dan Anis Sofea mendirikan rumah tangga pada 19 November 2021.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain