suria

Ikhwan Fatanna diganggu selepas tolak cinta peminat, bimbang jejaskan hubungan dengan kekasih

Ikhwan harap peminat hormati perasaan dalam memilih pasangan.

GARA-GARA menolak cinta dari seorang peminat, penyanyi dan komposer Ikhwan Fatanna menerima banyak pesanan berbaur benci daripada wanita tersebut di laman sosial miliknya.

Menurut Ikhwan atau nama sebenarnya Ikhwan Fatanna Mokhtar, 32, pada awalnya individu tersebut sering hadir memberi sokongan kepadanya dan mula meluahkan perasaan cinta pada hujung tahun lalu.

Ikhwan juga tidak sangka wanita tersebut terus mengganggu dirinya selepas cinta ditolak.

ARTIKEL BERKAITAN: Ikhwan Fatanna suka kaum sejenis? - “Sebenarnya ada juga saya dapat mesej daripada lelaki”

ARTIKEL BERKAITAN: “Industri kurang lagu Islamik, saya ingin memenuhi kekosongan itu!” - Ikhwan Fatanna tak jemu buat lagu nasyid, muncul 'Ya Rasul'

“Saya sendiri tak sangka jadi begini. Pada mula dia meminati lagu-lagu saya dan sering hadir melihat saya membuat persembahan. Hujung tahun lalu dia ada meluahkan perasaan namun saya telah terangkan dengan baik supaya tidak melanggar batas hubungan sebagai peminat.

“Kemudian dia mula menghantar mesej benci kepada saya. Apa sahaja yang saya buat dia tidak suka sehingga melihat saya di kaca televisyen pun tak boleh. Dia turut mengganggu rakan-rakan wanita saya dengan penghantar mesej di laman sosial.

“Apabila keadaan menjadi semakin teruk dan saya rasa sudah melampau, saya kongsikan di media sosial supaya semua orang dapat mendoakan wanita tersebut,” katanya kepada mStar.

ikhwan fatnna 3

Antara mesej yang diterima Ikhwan dari peminat.

Di sebalik kisah diganggu peminat tersebut, Ikhwan juga mengakui dia kini sedang mengenali hati budi seorang wanita dan bersedia untuk melangkah ke fasa perkahwinan.

Kata penyanyi lagu Restu ini, wanita itu merupakan seorang kenalan dan hubungan mereka bermula sejak awal tahun lalu.

“Memang sekarang ini saya sedang mengenali hati budi seseorang dan mencari masa yang sesuai untuk berkahwin. Walaupun belum menyatakan hasrat tersebut, rasanya dia sudah dapat hint saya mahu melamarnya.

Saya rasa selesa berkawan dia dan saya nampak dia mempunyai ciri-ciri isteri serta ibu yang saya mahukan

IKHWAN FATANNA

PENYANYI

“Saya sudah lama bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Dari sudut kewangan pun saya sudah kumpul wang sejak beberapa tahun lalu.

“Saya rasa selesa berkawan dia dan saya nampak dia mempunyai ciri-ciri isteri serta ibu yang saya mahukan,” katanya.

Sementara itu, Ikhwan juga bimbang jika situasi dia diganggu peminat akan berterusan dan boleh menjejaskan hubungannya dengan kekasih.

ikhwan fatanna 1

Ikhwan sedia menjadi suami.

Justeru itu, Ikhwan berharap wanita tersebut dapat menghormati keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati sendiri dan tidak lagi menghantar sebarang mesej kepadanya.

“Saya hormati perasaan wanita itu dan juga perlu lakukan perkara sama. Janganlah terlalu membenci orang lain kerana perasaan itu boleh merosakkan diri sendiri.

“Saya juga bimbang jika perkara ini boleh menjejaskan hubungan saya dengan kekasih. Semoga dia faham dan tahu apa yang berlaku,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain