“Industri kurang lagu Islamik, saya ingin memenuhi kekosongan itu!” - Ikhwan Fatanna tak jemu buat lagu nasyid, muncul 'Ya Rasul'

Ikhwan Fatanna mahu mengisi kekosongan muzik berbentuk kerohanian.

PENYANYI dan komposer Ikhwan Fatanna menarik nafas lega apabila impiannya untuk muncul dengan lagu terbaharu berkonsepkan kerohanian berjaya direalisasikan menerusi single Ya Rasul.

Menurut Ikhwan, lagu terbaharunya ini dihasilkan bertujuan membangkitkan rasa cinta terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

"Ya Rasul mempunyai mesej cukup bermakna kepada pendengar kerana ia merupakan luahan rasa cinta kita kepada Nabi Muhammad.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu 'Bismillah' Disangka Nyanyian Wanita

"Memandangkan pada 29 Oktober ini merupakan sambutan Maulidur Rasul, jadi saya berpendapat tak salah untuk kita keluarkan lagu berbentuk ketuhanan begini untuk menyemarakkan lagi perasaan kasih dan rindu terhadap Rasulullah.

"Alhamdulillah, pendengar memberikan maklum balas positif... saya bersemangat nak keluarkan lagu ini kerana merasakan industri kita kurang lagu Islamik, jadi saya ingin mengisi kekosongan itu!," katanya kepada mStar.



Ikhwan mahu semarakkan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW menerusi lagu Ya Rasul.

Ya Rasul ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh ini sudah dimuat naik di laman YouTube Aries Music sejak Jumaat lalu.

Sementara itu, penyanyi lagu Bismillah ini berkata lagu tersebut menerima suntikan elemen muzik baharu dan berbeza dengan rentak muzik nasyid yang pernah dihasilkan sebelum ini.

Seiring dengan perkembangan teknologi, Ikhwan juga berkata dia mewujudkan pelbagai cabaran untuk pengguna laman sosial menunjukkan rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW.

Lagu ini ada suntikan elemen baharu yang berbeza dengan lagu ketuhanan lain.

IKHWAN FATANNA

PENYANYI

"Lagu ini ada sesuatu suntikan elemen muzik baharu yang berbeza dengan lagu ketuhanan yang pernah kita dengar sebelum ini.

"Lagu ini disampaikan dengan cara yang lebih santai dan menerima sentuhan lebih moden untuk menarik semua generasi pendengar.

"Tak mahu ketinggalan, saya juga anjurkan pelbagai challenge di media sosial dan pendengar boleh mngambil bahagian dalam menyampaikan rasa cinta kepada nabi," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Ikhwan Fatanna, Ya Rasul

Artikel Berkaitan

Artikel Lain