Shakilla Khoriri kembali berlakon bukan sebab masalah kewangan - “Kalau tak kerja pun masih boleh hidup dan makan”

Shakilla gembira kembali berlakon selepas setahun fokus keluarga.

LEBIH setahun hilang dari radar dunia lakonan kerana memberi tumpuan kepada keluarga, pelakon Shakilla Khoriri mengakui dia berasa teruja kerana kini kembali ke set penggambaran.

Shakilla, 31, berkata biarpun gembira dapat kembali aktif namun dia tetap berasa sedih kerana terlepas melihat proses pembesaran anaknya iaitu Ameena Sofia yang kini berusia setahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Khoriri ralat tak dapat balik jaga suami sakit, enggan susahkan ramai pihak - “Nak tak nak saya kena tabahkan diri dan berdoa”

"Sebenarnya bila dapat kembali shooting memang gembira sebab dah lama berehat. Sekarang waktu yang sesuai sebab Ameena pun dah besar dan pandai bawa diri.



Shakilla terlepas proses pembesaran Ameena.

"Masa saya terpaksa berjauhan dengan Ameena untuk shooting di Melaka selama 15 hari, setiap kali buat video call... mesti sedih. Sebab satu hari tinggal dia, banyak benda baru yang dia belajar.

"Tapi saya cakap dekat diri sendiri, inilah pengorbanan. Saya kena ikut produksi sebab bila dah setuju, tak boleh nak complain la," katanya kepada mStar.

Pada Ogos lalu, isteri kepada penyampai radio Suria FM iaitu Fizi Ali itu terpaksa berjauhan dengan anak dan suaminya disebabkan menjalani penggambaran sebuah drama di Melaka selama setengah bulan.

Kalau orang bayar sedikit pun, saya akan terima sebab memang itu minat saya.

SHAKILLA KHORIRI

PELAKON

Dalam pada itu, Shakilla memberitahu dia memilih untuk kembali bekerja bukan disebabkan mempunyai masalah kewangan namun ingin melepaskan kerinduan terhadap lakonan yang sudah diceburi sejak 18 tahun lalu.

"Bukan soal duit... kalau tak kerja pun, masih boleh hidup dan makan. Cuma, saya sudah lama dalam bidang lakonan, dah 18 tahun. Saya kerja bukan sebab nak duit.

Shakilla sentiasa utamakan keluarga.

"Lagipun, saya bukanlah pelakon popular... berapa sen saja dapat. Saya boleh jana pendapatan lebih dengan buat reviu tapi jiwa dan hati saya dekat lakonan. Rindu nak berlakon.

"Kalau orang bayar sedikit pun, saya akan terima sebab memang itu minat saya," ujarnya.

Fizi mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia, 1.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain