Idzham Ismail sekeluarga masuk hospital kerana denggi - “Pening juga kepala sebab wad lain-lain”

Idzham sekeluarga ditahan di hospital kerana jangkitan demam denggi.

PELAKON Idzham Ismail bersama isteri dan anaknya dimasukkan ke Hospital Klang, Selangor selepas dijangkiti demam denggi pada Jumaat lalu.

Menurut Idzham, 32, dia sekeluarga dikejarkan ke hospital berkenaan selepas mengalami demam panas sejak beberapa hari lalu.

"Kami sekeluarga masuk hospital sebab jangkitan denggi... anak yang mula-mula tunjuk simptom, lepas itu saya dan kemudian isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mula-mula ingat saja nak bermanja, rupa-rupanya...” - Idzham Ismail urut isteri setiap malam, buang angin sebelum tidur

"Semalam kami buat pemeriksaan darah dan doktor mengesahkan rupa-rupanya denggi dan terus ditahan di hospital.

"Pening juga kepala ni sebab kami wad lain-lain... mujurlah adik ipar boleh tolong jagakan anak kami di wad itu," katanya kepada mStar.

Layanan doktor dan jururawat di hospital ini sangat baik, jika bacaan darah semakin baik, kami akan dibenarkan pulang dan berehat di rumah.

IDZHAM ISMAIL

PELAKON

Idzham mendirikan rumah tangga dengan Siti Nur Abilah yang juga seorang pramugari pada Ogos 2016 dan dikurniakan anak sulung perempuan bernama Nur Sofea Inara yang kini berusia tiga tahun.

Sementara itu, pelakon drama Bukan Gadis Biasa ini memberitahu keadaan kesihatan mereka semakin baik.



Idzham bersama isteri dan anak tersayang.

Bagaimanapun, isterinya memerlukan pemantauan rapi daripada doktor berikutan kini sedang hamil tujuh bulan.

"Alhamdulillah, keadaan masih terkawal... isteri pun sihat sahaja cuma doktor nak pantau sebab bimbangkan kandungannya.

"Layanan doktor dan jururawat di hospital ini sangat baik, kata mereka jika bacaan darah semakin baik, kami akan dibenarkan pulang dan berehat di rumah.

"Memang tak sangka kami bertiga kena duduk hospital. Apa-apa pun saya ucapkan terima kasih kepada orang ramai yang bertanyakan mengenai kesihatan kami," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain