suria

Sedar pentingnya jumlah ‘view’, Liza Hanim akhirnya buka saluran YouTube sendiri... Tarik golongan peminat baharu

Liza ikut perkembangan semasa promosi karya seni.

SEDAR dengan kepentingan platform digital sebagai medium pemasaran kerjaya seni, penyanyi Liza Hanim mengambil inisiatif untuk memulakan saluran Youtube miliknya sendiri.

Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Halim, 42, tidak menafikan industri kini lebih memberi fokus kepada populariti seseorang artis yang berjaya meraih banyak tontonan menerusi platform sebegitu selain aktif di media sosial.

“Sekarang ini industri hiburan kita lebih tertumpu kepada populariti seperti jumlah tontonan dan pengikut. Sebagai penyanyi saya juga harus menguasai kaedah digital sebegini.

ARTIKEL BERKAITAN: Diminta jangan ‘overshadow’ Aweera di konsert akhir GV8, Liza Hanim tetap akan buat yang terbaik

ARTIKEL BERKAITAN: Usahawan kontroversi selamba susukan anak tempat awam, Liza Hanim tegur suruh jaga adab

“Sebab itu saya telah membuka akaun Youtube sendiri dan menjadikan ia sebagai satu platform terbaik untuk berkongsi karya-karya seni,” katanya.

Dalam masa sama, naib juara program Gegar Vaganza musim ke-5 (GV5) ini mengakui lagu baharu nyanyiannya berjudul Tiada seakan kurang mendapat sambutan berbanding lagu-lagu hit seperti Gelisah Mimpi dan Merawat Luka Terpendam sebelum ini.

Bagaimanapun, kata Liza ia tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus menyanyi dan mencari lagu-lagu yang lebih baik di masa akan datang.

Sebagai penyanyi saya juga harus menguasai kaedah digital sebegini

LIZA HANIM

PENYANYI

“Mungkin lagu itu tidak sesuai dengan pendengar atau ia dikeluarkan pada masa yang tidak tepat.

“Tetapi tidak bermakna kegagalan lagu itu membuatkan saya mahu berhenti menyanyi,” ujarnya.

liza hanim 1

Liza bakal tampil dengan sebuah lagu duet balada.

Liza yang merupakan salah seorang peserta program Astro Ria berjudul Karaoke Superstar turut mendedahkan dia bakal berkolaborasi dengan seorang penyanyi wanita menerusi sebuah lagu baharu.

Enggan mendedahkan nama rakan artisnya itu, Liza hanya memaklumkan penyanyi tersebut amat dikenali kerana kemantapan vokalnya.

“Dia merupakan seorang penyanyi yang terkenal kerana kemantapan vokalnya. Kami bakal mengeluarkan lagu duet genre balada,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain