suria

Elica Paujin juara Big Stage 2022, padam impian Daniel Chuer dan Aisha Retno... Bawa pulang RM100,000

Elica Paujin berjaya membuktikan kemampuannya untuk bergelar juara Big Stage 2022.

SETELAH dua minggu berturut-turut berada di kedudukan tiga terbawah, akhirnya penyanyi Elica Paujin bangkit membuktikan dia layak bergelar juara Big Stage 2022.

Kejayaan itu sekaligus melenyapkan impian dua pencabar terdekatnya iaitu Daniel Chuer dan Aisha Retno.

Elica yang menyanyikan lagu Cinta dan Believer, duet bersama Hael Husaini mendapat pujian daripada juri.

ARTIKEL BERKAITAN: Takut nampak biadab, Sherry Alhadad serba salah nak sekat Vida sibuk komen peserta Big Stage

Menurut Datuk Seri Siti Nurhaliza, Elica berjaya memberikan persembahan hebat dan menasihatinya agar terus menjaga anugerah suara yang diberikan.

“Awak memberikan persembahan yang hebat.

“Jaga anugerah suara yang diangugerahkan dan jangan sia-siakan pengalaman di Big Stage," katanya.

Sebagai juara Elica membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi.

277445864_963530827856416_4720101892839858934_n

Daniel ketika menyanyikan lagu Hilang Naluri.

Sementara itu Daniel Chuer terpaksa berpuas hati apabila diumumkan sebagai naib juara program berkenaan.

Daniel menyampaikan lagu berjudul Hilang Naluri dan Still Love You duet bersama Shila Amzah.

Manakala Aisha Retno yang menyanyikan lagu Fallin serta Semua Jadi Satu duet bersama Jaclyn Victor mendapat tempat ketiga.

277415164_494043612251013_4039793172970957569_n

Aisha membawa pulang wang berjumlah RM25,000 selaku pemenang tempat ketiga.

Daniel dan Aisha masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 dan RM25,000 berserta trofi.

Konsert akhir Big Stage 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Ahad dihoskan oleh Alif Aziz dan Sherry Alhadad.

Selain Siti Nurhaliza, Big Stage 2022 turut diadili oleh juri tetap Ajai dan Aliff Aziz.

277290276_845414130188412_4499014859100558025_n

Persembahan istimewa daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Aina Abdul.

Aina Abdul sekali lagi muncul sebagai juri jemputan manakala Elly Mazlien menjadi juri pedas.

Dua peserta lain yang bertanding di peringkat akhir adalah Tegar Septian dan Yazmin Aziz.

BERIKUT KEPUTUSAN PENUH FINAL BIG STAGE 2022:

Juara - Elica Paujin (78.93%)

Naib juara - Danial Chuer (72.62%)

Tempat ketiga - Aisha Retno (71.04%)

Tempat keempat - Yazmin Aziz (59.35%)

Tempat kelima - Tegar Septian (59.13%)

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain