suria

[VIDEO] Netizen kata suara jadi ‘auto’ sedap, rupa-rupanya Elica Paujin pinjam mikrofon Hael Husaini... Vokal makin jelas

BUKAN sekadar menjadi rakan duet dan berkongsi tip persembahan, penyanyi Hael Husaini juga turut meminjamkan mikrofon peribadi miliknya kepada Elica Paujin pada konsert final Big Stage 2022.

Menerima tawaran Hael itu dengan senang hati, Elica atau nama sebenarnya Angelica Paujin, 22, berkata dia terharu dan dalam masa sama turut bimbang kerana mengetahui nilai harga mikrofon tersebut.

“Saya dapat rasakan aura juara apabila menyanyi dengan menggunakan mikrofon milik Hael. Terharu sangat apabila dia sudi meminjamkannya kepada saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Elica Paujin juara Big Stage 2022, padam impian Daniel Chuer dan Aisha Retno... Bawa pulang RM100,000

ARTIKEL BERKAITAN: Elica Paujin rasa tercabar, mengaku Aisha Retno lebih kreatif dalam persembahan

“Saya tahu harganya mahal dan takut juga nak pegang, namun Hael beri saya kepercayaan untuk menggunakannya di malam akhir Big Stage.

“Mikrofon tersebut membantu untuk jadikan suara saya lebih jelas. Saya sudah lama kenal Hael dan untuk malam akhir ini dia banyak berkongsi nasihat untuk memberikan persembahan yang terbaik,” katanya kepada mStar.

elica 1

Elica mahu buat showcase khas buat peminat di Sabah.

Dalam pada itu Elica juga tidak menolak untuk bekerjasama dengan Hael pada masa akan datang.

Katanya, melihat kejayaan Hael sebagai seorang penyanyi dan komposer terkenal, Elica amat berbesar hati jika dapat menyanyikan lagu ciptaan rakannya itu.

“Jauh di sudut hati saya memang mahukan sebuah lagu ciptaan Hael.

Jauh di sudut hati saya memang mahukan sebuah lagu ciptaan Hael.

ELICA PAUJIN

PENYANYI

“Kita semua tahu dia seorang komposer hebat dan sudah berjaya menang anugerah menerusi lagu-lagu ciptaannya sebelum ini,” jelasnya.

Pada konsert akhir Big Stage 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Elica membawakan lagu Cinta yang dipopularkan oleh Marsha Milan dan untuk segmen duet dia menyampaikan lagu Believer (Imagine Dragon) bersama Hael.

Persembahan tersebut berjaya memikat hati juri dan sekaligus mengangkat Elica sebagai juara untuk musim kali ini.

elica 4

Elica menewaskan Daniel Chuer di tempat kedua dan Aisha Retno (ketiga).

Elica membawa pulang hadiah wang tunai RM100,00 dan sebuah trofi.

Bercerita tentang wang kemenangan, Elica memberitahu dia akan berkongsi dengan keluarga selain mahu membuat persembahan khas buat peminat di negeri kelahirannya, Sabah.

“Saya sudah berjanji daripada awal lagi jika menang akan beri separuh wang tersebut kepada keluarga.

“Selain itu saya juga mahu adakan satu showcase istimewa buat peminat di Sabah kerana mereka tidak dapat datang ke Kuala Lumpur menyaksikan persembahan saya secara langsung.

Showcase itu sebagai hadiah buat mereka,” ujarnya.

Sementara itu rata-rata netizen mengakui penggunaan mikrofon berkenaan membantu memantapkan vokal Elica selain mengharapkan kolaborasi antara dia dan Hael.

"Agak-agak kalau suara sumbang nyanyi pakai mikrofon Hael jadi auto merdu kot?

"Harap lepas ni Hael buat lagu untuk Elica, ataupun lagu duet Hael dan Elica mesti best," kata netizen menulis di ruangan komen di Instagram Hael.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain