suria

Isteri Shuk Sahar muncul di mahkamah sebab mahu selesai secara baik

Netizen mendakwa lelaki di kerusi pemandu adalah Shuk.

PERKONGSIAN video memperlihatkan isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Sera berada di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta pada Khamis mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan netizen.

Menerusi video di Instagramnya itu, Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah dilihat menuruni anak tangga dengan memakai jubah hitam sambil membawa sebuah fail.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen minta tip jadi lelaki curang, Shuk Sahar dedah hidup tak gembira menduakan isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Muat naik foto suami dengan emoji ‘love’, isteri Shuk Sahar tak jadi fail cerai? - “Maaf, tiada apa yang berlaku”

Sera turut menyelitkan kata-kata yang dijadikan latar belakang dalam video itu berbunyi, 'aku hanya kehilangan orang yang tidak mencintaiku, tapi dia kehilangan orang yang mencintainya’ menimbulkan spekulasi mereka sudah berpisah.

Sera 2

Antara komen netizen di perkongsian Sera di TikTok.

Malah, turut kelihatan seorang lelaki yang didakwa Shuk duduk di kerusi pemandu kereta yang dinaiki Sera dalam video berkenaan.

Bagaimanapun Sera ketika dihubungi mStar berkata dia memilih untuk mengunci mulut mengenai tujuan dia ke mahkamah dan identiti lelaki dalam kereta tersebut.

"Berkenaan saya pergi mahkamah dan dengan siapa saya pergi itu, saya rasa biarlah saya seorang saja yang tahu.

"Doakan yang baik-baik saja," kata Rossa Sera secara ringkas ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini, Shuk beberapa kali ‘kantoi’ berlaku curang terhadap isterinya, Rossa Sera dengan wanita bernama Farah Salleh.

Saya cuba ambil yang positif dan cuba selesaikan mana yang terbaik.

ROSSA SERA

ISTERI SHUK SAHAR

Status rumah tangga Shuk dan Rossa Sera masih menjadi tanda tanya selepas isterinya mahu memfailkan perceraian terhadap pelawak itu pada November tahun lalu.

Sementara itu, Sera yang kini bergelar usahawan turut memberitahu dia tidak mahu orang lain mengetahui apa yang dilaluinya.

Malah, Sera mahu mengambil apa yang berlaku secara positif dan menyelesaikan masalah dengan sebaik yang mungkin selain ingin mengutamakan dirinya dan anak-anak.

Sera 1

Shuk dan Sera mempunyai dua orang anak.

"Sesiapa yang diduga ujian macam ini, sudah tentu (terkesan mental dan fizikal). Kalau boleh biarlah saya dan Allah saja yang tahu macam mana la saya hadap.

"Saya cuba ambil yang positif dan cuba selesaikan mana yang terbaik. Yang paling penting, saya fikir untuk diri sendiri dan anak-anak," ujarnya.

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera pada 2015 dan mempunyai dua orang anak iaitu Nur Qurratu Ain, 5 serta Nur Assyifatu Aimi, 2

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain