suria

Anak saudara Ajoi Zainal meninggal dunia selepas jatuh longkang, emosi terganggu ketika buat persembahan di Big Stage 2022

Ajoi janji akan bangkit untuk minggu kedua BS22

PEMERGIAN anak saudara berusia dua tahun sedikit memberi gangguan emosi kepada Ajoi Zainal ketika membuat persembahan di pentas konsert pertama Big Stage 2022 (BS22).

Mengakui emosi terjejas, Ajoi, 24, berkata, dia memendam perasaan sedih minggu lalu kerana enggan dianggap cuba meraih simpati.

ARTIKEL BERKAITAN: Zizan Razak, Kaka Azraff menangis dengar suara Ajoi Zainal... satu dewan ‘All Together Now Malaysia’ sebak - “Saya terbayang arwah ayah”

ARTIKEL BERKAITAN: Megat Rahim disangka tarik diri, ganti dengan Iqbal... Rupa-rupanya kuarantin kerana positif Covid-19

“Anak saudara kesayangan saya tergelincir ke dalam parit dan meninggal dunia selepas enam hari dimasukkan ke ICU.

“Ketika minggu pertama, saya memang tidak boleh fokus kerana otak saya hanya memikirkan tentang anak saudara yang sedang bertarung nyawa.

“Saya tidak berkongsi tentang hal itu kerana tidak mahu dianggap sengaja mahu raih simpati. Jadi saya pendam sahaja,” ujarnya kepada mStar.

ajoi 2

Ajoi akui gagal memberi persembahan terbaik pada minggu pertama BS22

Sebelum itu, Ajoi berkongsi berita pemergian kanak-kanak bernama Muhammad Daniel Rizqin Muhammad, 2, yang menghembuskan nafas terakhir pada 9 Februari lalu.

Menerima kritikan yang kurang bagus daripada juri semasa minggu pertama BS22, Ajoi berjanji akan bangkit untuk persembahan pada malam Ahad esok dan membuktikan kemampuan sebenarnya.

“Saya sendiri pelik kenapa boleh gemuruh pada minggu pertama sedangkan sudah biasa membuat persembahan pentas.

“Saya terima segala kritikan barisan juri pada minggu pertama dan akui kurang menyerlah kerana masalah peribadi ketika itu.

“Untuk minggu ini saya akan bangkit semula dan kena move on. Saya berharap tidak lagi mendapat markah rendah seperti sebelum ini,” ujarnya.

Saya tidak berkongsi tentang hal itu kerana tidak mahu dianggap sengaja mahu raih simpati. Jadi saya pendam sahaja

AJOI ZAINAL

PENYANYI

Pada minggu pertama Ajoi yang menyanyikan lagu Cinta Ini Membunuhku hanya mendapat markah sebanyak 48.6 peratus dari barisan juri yang terdiri daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ajai dan Aliff Aziz sebagai juri jemputan.

Bagi minggu kedua BS22, Ajoi akan menyampaikan lagu berjudul Boneka, nyanyian asal Ernie Zakri.

ajoi 3

Barisan juri minggu pertama BS22

Bercerita tentang persediaan minggu ini, dia memberitahu Ernie turut berkongsi nasihat bagi membuat persembahan terbaik di atas pentas.

“Ernie ada menghubungi saya dan berkongsi tip untuk menyampaikan lagu tersebut pada minggu ini.

“Saya akan bawakan lagu itu dengan cara tersendiri dan ada sedikit perubahan pada susunan muzik,” ceritanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain