suria

Janna Nick beri amaran, jangan ‘Gatal’ dengan kekasih orang!

Janna Nick tampil dengan single ketiga berjudul Gatal.

SELEPAS empat tahun menyepi daripada dunia nyanyian, akhirnya pelakon Janna Nick tampil dengan lagu terbaharu berjudul Gatal.

Mengakui sukar untuk memulakan semula rentak sebagai penyanyi, Janna atau nama sebenar Nurul Jannah Muner, 27, memberitahu dia mengambil inisiatif mengikuti kelas vokal sebelum memulakan proses rakaman single ketiga ini.

Kata Janna, dia turut berdepan cabaran kerana lagu ini dihasilkan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan ia mengambil masa hampir setahun untuk disiapkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dini Schatzmann ikhlas jaga Janna Nick, tak pernah rasa terbeban

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil ubat antikemurungan, Janna Nick terpaksa perlahan kerjaya seni demi kesihatan mental

"Proses penghasilan lagu adalah ketika PKP. Sejurus tamat PKP, saya terus buat latihan vokal dan kemudian masuk studio untuk proses rakaman.

"Kalau tanya berapa masa yang diambil untuk menyiapkan lagu ini, saya tak dapat berikan tempoh yang spesifik, lebih kurang setahun juga.

janna1

Janna mahu berikan yang terbaik untuk lagu nyanyiannya.

"Bagi memastikan lagu ini benar-benar berkualiti, saya lebihkan latihan dan memberikan fokus utama untuk lagu ini sehinggalah ia dilancarkan," katanya kepada mStar.

Gatal merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Aepul Roza dan video muzik (MV) lagu berkenaan sudah boleh ditonton menerusi saluran YouTube Janna Nick sejak malam Rabu.

Mesej lagu ini bagi saya sangat mudah di mana selalunya perbuatan menggatal ini hanya diletakkan kesalahan kepada satu pihak sahaja yang kebiasaannya adalah wanita

JANNA NICK

PENYANYI/ PELAKON

Rata-rata penonton memuji MV lagu berkenaan kerana menghiburkan, selain menampilkan pelakon Shukri Yahya.

"Speechless! Gempak habis... tahniah Janna dan team! MV macam international level. Plot, warna latar, sisi kamera, kostum, mekap dan lokasi penggambaran sangat menarik.

janna 2

Peminat puji MV lagu terbaharu Janna Nick.

"Lagu ni catchy betul! Sekali dengar dah masuk telinga... kami suka lagu terbaharu Janna ini.

"Tahniah Janna, setiap kali keluar lagu tak pernah mengecewakan. Semua lagu sedap didengar, saya pun rasa gatal bila dengar lagu ni, lagi pula model Shukri Yahya," komen pendengar.

Bercakap mengenai Gatal, pelakon drama Shakira (TV3) ini berkata ia mengisahkan tentang perhubungan cinta seseorang yang rosak akibat sikap individu itu sendiri.

TONTON MV GATAL JANNA INI!

"Mesej lagu ini bagi saya sangat mudah di mana selalunya perbuatan menggatal ini hanya diletakkan kesalahan kepada satu pihak sahaja yang kebiasaannya adalah wanita, tetapi dalam lagu ini ia memberitahu perbuatan gatal itu terjadi disebabkan oleh kedua-dua pihak, tidak kira lelaki atau perempuan.

"Gatal ini juga boleh mengakibatkan kesengsaraan dan kerosakan sesebuah perhubungan pada pengakhirannya. Lagi-lagi untuk orang yang dah berpunya dan juga pasangan suami isteri.

"Saya harap lagu ini dapat memberi mesej baik kepada pendengar. Terima kasih banyak atas segala sokongan yang diberikan dari awal pembabitan Janna dalam industri seni," ujarnya.

Gatal terbitan Warner Music Malaysia boleh didapati di semua paltform digital bermula 28 Januari lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain