suria

Pretty Ugly kecewa lagu kena ‘banned’ dalam senyap gara-gara perkataan ‘bongok’

Pretty Ugly akui pernah berasa kecewa apabila tajuk lagu Bongok terpaksa ditukar kepada B.

KUMPULAN Pretty Ugly masih terkilan dan kecewa apabila lagu berjudul Bongok yang dilancarkan pada 2015 kurang mendapat sambutan gara-gara ditukar tajuk kepada B oleh stesen radio tempatan.

Vokalisnya Neves berkata, single tersebut seakan-akan disenarai hitamkan dalam diam biarpun mempunyai berpotensi untuk menjadi hit.

ARTIKEL BERKAITAN: Neves (Pretty Ugly) Harap Peminat Tidak Keliru Judul 'Bongok' Ditukar

"Lagu Bongok tenggelam timbul setelah tajuknya dipersoalkan oleh ramai pihak sehingga terpaksa ditukar tajuk ke 'B'.

Disebabkan perkataan bongok, lagu itu seolah-olah kena banned dalam senyap.

NEVES

VOKALIS PRETTY UGLY

"Oleh kerana lagu tersebut menimbulkan kekeliruan bagi pendengar, lama-kelamaan permintaan untuk lagu tersebut pun berkurangan.

"Sejujurnya kami agak kecewa. Disebabkan perkataan bongok, lagu itu seolah-olah kena banned dalam senyap," katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, kumpulan tersebut juga melancarkan album terbaharu berjudul Pretty Ugly 21 sempena meraikan 21 tahun dalam persada seni.

"Album ini diberi nama Pretty Ugly 21 bukan sahaja untuk meraikan 21 tahun Pretty Ugly berada di persada mainstream muzik Malaysia.

"Ia juga kerana album ini dihasilkan pada tahun 2021. Album ini merupakan satu projek di bawah dana CENDANA dan hanya dipasarkan secara digital buat masa ini.

Pretty 2

Pretty Ugly tampil dengan album terbaharu.

"Akan tetapi pada masa akan datang, kami juga merancang untuk memasarkan album ini secara fizikal," ujarnya.

Album yang mengandungi 11 buah lagu itu sebagai hadiah kepada peminat yang menyokong sokongan Pretty Ugly selama 21 tahun di persada seni mainstream tanahair.

Ia merupakan album ke-5 Pretty Ugly yang pernah diterbitkan selepas album ‘Abstrak Versi Fantasi’ 2001, ‘Transformasi Ke Stereo’ 2003, ‘Rockaholic’ 2006 & ‘Darabkan Sejuta’ 2011.

Berlainan dengan sebelum ini, album tersebut merupakan rakaman semula lagu-lagu yang berkumandang di corong radio juga di kaca televisyen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain