suria

Mak Wan Latah nikah lagi, pindah ikut suami ke Kuala Pilah

Mak Wan dan suami diraikan dalam sebuah majlis resepsi pada Sabtu.

PELAKON Mak Wan Latah meluahkan rasa syukur apabila majlis pernikahannya dengan suami, Hussien Dollah pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Ipoh, Perak berjalan dengan lancar.

Menurut Mak Wan, 61, dia sepatutnya bernikah pada 15 Januari namun tarikh terpaksa ditunda disebabkan menjadi kontak rapat adik yang positif Covid-19 selepas pulang dari tunai umrah.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak Wan Latah sempat tunai umrah sebelum naik pelamin kali kedua, mahu fokus buat ibadah

Kata pemilik Halimaton Saadiah Mohd Daud, urusan pertukaran tarikh dilakukan anaknya ketika dia menjalani kuarantin di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi.

Mak Wan 1

Majlis resepsi turut dimeriahkan dengan kumpulan Marhaban.

"Sepatutnya saya nikah pada 15 Januari tapi terpaksa tunda disebabkan saya menjadi kontak rapat adik yang positif Covid-19 selepas balik dari umrah.

"Lebih kurang 20 jemaah termasuk adik saya disahkan positif ketika jalani ujian calitan di lapangan terbang. Alhamdulillah keputusan saya negatif.

"Bila dah jadi kontak rapat, saya terpaksa jalani kuarantin di Institut Latihan Islam Malaysia. Anak saya yang menguruskan pertukaran tarikh nikah.

"Alhamdulillah, pada 22 Januari lalu saya dan suami selamat bernikah di Pejabat Agama Ipoh, Perak," katanya kepada mStar.

Anak saya yang menguruskan pertukaran tarikh nikah.

MAK WAN LATAH

PELAKON

Mak Wan dan Hussien, 71, turut diraikan dalam sebuah majlis resepsi di kampung suaminya yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Menerusi laporan mStar sebelum ini, Mak Wan memberitahu dia sudah dirisik pada 14 November dan akan berkahwin sebaik saja selesai menunaikan umrah pada Disember tahun lalu.

Dalam pada itu, Mak Wan memberitahu dia kini menetap bersama suaminya di Kuala Pilah dan akan berulang alik ke Kuala Lumpur sekiranya ada kerja.

Mak Wan 2

Mak Wan bersama ahli keluarganya dan suami.

"Selepas berkahwin ini, saya ikut suami duduk di Kuala Pilah sebab dia ada kebun di sini. Kalau ada kerja di KL, barulah saya akan pergi ke sana.

"Saya pun dah berbincang dengan anak-anak dan suami. Alhamdulillah, mereka memahami," ujarnya.

Hasil daripada perkahwinan sebelum ini, Mak Wan mempunyai empat orang anak manakala suaminya, dua orang cahaya mata.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain