suria

Terlalu gembira Heliza bertemu jodoh, Mila Jirin tak kisah belanja puluhan ribu ringgit taja majlis resepsi

Mila Jirin hargai hubungan persahabatannya Heliza yang terjalin sejak 15 tahun lalu.

MAJLIS resepsi penyanyi Datin Seri Heliza Helmi dianggarkan menelan belanja puluhan ribu ringgit merupakan tajaan oleh ahli perniagaan dan selebriti terkenal Mila Jirin yang mengusahakan syarikat Bizmilla Wedding Centre.

Mila atau nama sebenarnya Norsyarmila memberitahu dia percaya nilai hadiah majlis resepsi untuk teman baiknya itu tidak boleh diukur dengan wang ringgit.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Heliza masih tak percaya sudah bergelar isteri, sebak majlis kahwin dihadiri golongan agamawan

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Mahadi tak sangka kena ‘prank’ dengan ibu bapa Heliza, hati sedih dapat tahu lamaran ditolak

Namun, Mila memilih untuk tidak mendedahkan jumlah sebenar perbelanjaan majlis kahwin Heliza dan suaminya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman yang diadakan di Bizmilla Grand Ballroom, Eco Sanctuary, Selangor pada 22 Januari lalu.

"Hadiah dan nilai majlis resepsi ini tidak boleh dibandingkan dengan usia persahabatan kami yang sudah mencecah 15 tahun. Apa yang saya berikan bertitik tolak atas kasih dan sayang seorang sahabat.

mila 2

Mila terlalu gembira Heliza kini sudah menjadi isteri orang.

"Kebetulan saya menjalankan empayar perniagaan perkahwinan ini sejak tahun 2013, jadi tak salah saya hadiahkan sesuatu yang dekat di hati untuk insan disayangi," katanya kepada mStar.

Sementara itu, Mila berkata pada awalnya Heliza menghubungi bertanyakan mengenai kekosongan dewan Bizmilla yang ada untuk digunakan pada 1 Januari lalu.

Sewaktu lockdown, perniagaan saya antara yang terkesan teruk dan Heliza sering doakan dan membantu saya!

MILA JIRIN

PENYANYI

"Cuma ketika itu, saya tidak syak dan tahu mengenai cerita sebenar yang dia akan berkahwin. Ketika ditanya mengenai dewan kosong untuk tarikh berkenaan, saya pun tak tanya beriya-iya ia diperlukan untuk majlis siapa.

"Cuma permintaan itu tak dapat dipenuhi sebab enam dewan yang ada sudah penuh. Saya pun seperti kebanyakan lain yang tidak tahu dia akan berkahwin pada tarikh itu. Jadi perbualan kami terhenti di situ.

"Selang beberapa hari, saya dikejutkan dengan undangan majlis persandingannya melalui kiriman WhatsApp. Saya antara sahabatnya yang amat gembira dengan berita tu. Masa itu gembira saya bukan kepalang sampai lupa nak tak tanya dengan siapa dia akan berkahwin," katanya.

mila 3

Heliza sering beri sokongan kepada Mila.

Berkongsi tentang hubungan rapatnya, Mila berkata, Heliza sahabat yang istimewa dan sering mendoakan perniagaannya terutamanya ketika melalui waktu sukar.

Mila juga berkata, Heliza antara insan yang memberi sokongan ketika dia mahu berhijrah untuk bertudung.

"Saya masih ingat, saat pertama kali hati saya sangat berat ingin berubah, berhijrah dan bertudung... saya kongsikan dengan Heliza dan MasyaAllah, selain doa dan input untuk kekal istiqamah, Heliza hadiahkan saya tudung dan juga jubah.

"Sewaktu lockdown, perniagaan saya antara yang terkesan teruk dan Heliza sering doakan dan membantu saya menguar-uarkan secara percuma produk-produk baru di Bizmilla," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain