suria

Laila Nasir pernah hilang arah akibat suami pergi mengejut, terpaksa pikul tanggungjawab besarkan dua ‘hero’

Laila bersama dua orang anak lelakinya.

LAPAN tahun bergelar ibu tunggal kepada dua orang putera, pelakon Laila Nasir akui dia menjalani kehidupan yang sukar sejak kematian suami, Yeop Abullah Ibrahim.

Namun bagi wanita berusia 52 tahun ini, dia berasa bertuah kerana ketika itu anak-anaknya sudah besar dan pandai menjaga diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu demam tak kebah rupa-rupanya Farisha Irwayu, Laila Nasir positif Covid-19

Menurut pemilik nama Norlaila Nasir, anak-anaknya juga merupakan kekuatan dan tempat untuknya bergantung.

Laila 1

Laila bersyukur anak-anaknya pandai menjaga diri.

"Pada awalnya agak sukar untuk saya membahagikan masa antara kerjaya seni dan tanggungjawab. Manalah nak uruskan anak dan 'shooting' selain berniaga.

"Menjadi ibu tunggal sekelip mata selepas suami meninggal dunia merubah segala-galanya. Tapi ketika itu saya bernasib baik kedua-dua anak sudah bersekolah menengah.

"Jadi mereka sudah pandai bawa diri. Saya juga menjaga mereka tanpa bantuan sesiapa. Waktu itu ada ketika saya bagai lemah dan lost.

"Tapi anak jadi suntikan semangat untuk saya kerja lebih kuat. Tambah pula perjalanan mereka masih jauh dan saya tempat bergantung," katanya.

Dalam soal membesarkan anak, saya pasti mahukan yang terbaik untuk mereka tanpa fikir lelah.

LAILA NASIR

PELAKON

Laila Nasir berkahwin Yeop Abullah pada 17 Januari 1994 dan menjadi ibu tunggal sejak Januari 2013 selepas suaminya meninggal dunia akibat serangan jantung.

Dalam pada itu pelakon kelahiran Machang, Kelantan ini akur dengan pandangan skeptikal segelintir masyarakat tentang statusnya sebagai ibu tunggal.

Bagaimanapun dengan bantuan ibu dan semangat yang diberikan, pelakon filem Bayangan Maut itu terus positif membesarkan anak-anak.

Laila 2

Anak-anak menjadi sumber kekuatan Laila.

"Bukan senang nak mengharungi hidup tanpa suami. Dengan pandangan itu dan ini daripada masyarakat. Tapi saya tak larut dengan semua itu.

"Saya tanamkan semangat positif dalam diri. Dalam soal membesarkan anak, saya pasti mahukan yang terbaik untuk mereka tanpa fikir lelah.

"Keluarga saya terutama ibu jadi nadi dan semangat. Ibu terutamanya banyak membantu saya menjaga anak dan bagi semangat. Doa ibu sangat mukjizat," katanya.

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain