suria

Tok Ram nasihat Upiak Isil tukar corak persembahan, jangan selesa sebab tidak tersingkir

Tok Ram tegur persembahan Upiak yang dilihat mendatar.

MEMBERIKAN persembahan mendatar meskipun sudah memasuki minggu kelima konsert Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), ketua juri Datuk Ramli MS menasihati penyanyi Upiak Isil agar tidak berasa selesa dengan kedudukan itu.

Biarpun bernasib baik tidak tersingkir, namun Ramli atau mesra disapa sebagai Tok Ram berharap penyanyi Indonesia itu mengubah corak persembahannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Upiak gugup sampai lupa lirik gara-gara fikir komen netizen, dapat markah tercorot

"Kalau dia masih kekal dengan konsistensi begitu, dia akan berada di kedudukan belakang sahaja. Kalau main bola pun, ibaratnya dia duduk di belakang.

Tok Ram 1

Upiak hampir tersingkir pada malam minggu kelima konsert GV8.

"Harus anda semua tahu bahawa saya tidak punya kawalan dalam persembahan mereka. Seorang penyanyi atau peserta cuma ada dirinya ketika berada di pentas.

"Kalau tak mampu nak buat persembahan yang bagus, maka akan tersingkirlah,” kata Tok Ram kepada mStar.

Tok Ram selaku juri tetap ditemui ketika selesai konsert GV8 minggu kelima di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada Ahad.

Kalau dilihat memang Upiak berada di tangga bawah. Ini pemilihan majoriti.

RAMLI MS

JURI TETAP GV8

Pada konsert minggu kelima itu, Upiak mendapat markah tercorot namun nasibnya baik apabila tiada penyingkiran dan dapat meneruskan persembahan.

Dalam pada itu, suami kepada penyanyi Alyah ini menafikan dia dan juri lain mempunyai hak atau peranan berhubung tiada penyingkiran pada minggu kelima.

"Kalau dilihat memang Upiak berada di tangga bawah. Ini pemilihan majoriti. Tetapi tiadanya penyingkiran bukan kerana saya yang berkehendakkan.

"Hak cipta program adalah milik Astro. Ini kali kedua tiada penyingkiran berlaku dalam program ini dan ia bukan bidang kuasa saya.

Tok Ram 2

Persembahan Upiak dilihat mendatar.

"Mana tahu kalau-kalau pihak Astro memang nak bawa 10 peserta mara ke peringkat akhir bukan? Kita tidak tahu. Macam apa yang berlaku, Upiak pada saya cuma bernasib baik," ujarnya.

Selain Tok Ram, 11 peserta diadili dua lagi juri tetap iaitu penyanyi Indonesia Hetty Koes Endang, penyanyi Datuk Syafinaz selain pelakon Datuk Yusof Haslam sebagai juri jemputan.

GV8 minggu ini menampilkan Nabil Ahmad ditemani pelakon serba boleh, Elly Mazlein yang menggantikan Jihan Muse yang tidak dapat melaksanakan tugasnya sebagai pengacara kerana terjejas akibat banjir.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain