suria

[VIDEO] Terperangkap 18 jam atas jalan raya akibat banjir, Hariz Hamdan sedih keadaan anak kecil dan warga emas

TERPERANGKAP lebih 18 jam di atas jalan raya akibat banjir di Shah Alam menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat pelakon baharu Hariz Hamdan.

Hariz atau Muhammad Hariz Muhammad Hamdan berkata dia tetap berusaha meneruskan perjalanan pulang ke rumahnya di Ampang berikutan mempunyai penggambaran pada keesokan hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Hariz Hamdan ‘next’ hero Malaya? Tak malu masuk kelas Nabila Huda - “Senior pesan kena hormat orang, tepati masa”

"Saya terperangkap di Shah Alam selama 18 jam. Dari pukul 6 petang (Sabtu) dan saya selamat sampai rumah di Ampang sekitar pukul 12 tengah hari (Ahad).

Hariz 1

Hariz berkongsi keadaan dia terperangkap dalam kereta sejak pukul 6 petang, Sabtu.

"Saya berada di Aeon Shah Alam untuk promosikan drama Aeon Sayap Bagimu. Acara itu bermula pukul 3 tapi saya terlambat sebab keadaan jalan raya yang sudah sesak.

"Acara pula habis sekitar pukul 5 dan saya bertolak dari Aeon pukul 6 petang. Ketika itu saya memang dah perasan paras air dah tinggi.

"Tapi saya tetap nak gerak pulang sebab ikutkan esok paginya saya ada penggambaran. Malangnya saya terperangkap di jalan raya akibat banjir," katanya kepada mStar.

Saya terperangkap di Shah Alam selama 18 jam.

HARIZ HAMDAN

PELAKON

Pelakon drama Single Terlalu lama ini bersama pengurusnya berkongsi video mereka terperangkap dalam kereta berikutan jalan tutup akibat banjir di sekitar Shah Alam.

Dalam pada itu, Hariz yang juga peserta Hero Remaja 2020 ini mengakui dia berasa sedih melihat keadaan anak kecil dan warga emas yang turut terperangkap.

Hariz 2

Rakan memberikan minuman kepada Hariz.

"Walaupun saya juga terperangkap tapi saya rasa sedih melihat keadaan orang lain terutama yang berkeluarga bawa anak kecil, warga emas dan ibu mengandung.

"Keadaan mereka lagi sukar daripada saya. Saya sendiri rasa tertekan bila berada dalam kereta terlalu lama. Bila jadi macam ini, saya lihat ramai orang baik hati.

"Biarpun tak dapat bantuan daripada luar tapi mereka yang tersangkut tetap saling membantu dengan memberikan makanan dan minuman kepada yang memerlukan," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain