suria

Zee Avi terpikat sikap penyabar dan tenang Kenji... rancang ‘honeymoon’ di kampung suami di Tokyo

Zee bahagia layari alam perkahwinan selepas sah menjadi isteri kepada Kenji Matano.

SIKAP tenang dan penyabar Kenji Matano membuka hati penyanyi Zee Avi untuk menerima lamaran lelaki berasal dari Jepun itu menjadi teman hidupnya.

Menurut Zee atau Izyan Alirahman, 35, perbezaan personaliti antara mereka berdua membuatkan dia bersetuju untuk meneruskan hubungan sebagai suami dan isteri.

"Dia baik hati, memahami, tenang dan sangat penyabar. Sifat macam ni bagus untuk seseorang seperti saya kerana personaliti kami berbeza.

ARTIKEL BERKAITAN: Zee Avi dah kahwin, pilih jejaka Jepun jadi suami

ARTIKEL BERKAITAN: Zee Avi tak gemar barangan mewah... Cukup dapat pemuda bersifat 'ringkas'

"Dia faham gaya hidup saya sebagai artis dan sentiasa menyokong dalam apa juga keadaan. Dia adalah kawan saya yang sentiasa di sisi.

"Dia akan membantu saya membuat sesuatu keputusan dan saya fikir dia adalah lelaki terbaik bagi saya," katanya kepada mStar.

zee 3

Suami seorang yang penyabar dan penyayang.

Pada Isnin lalu, Zee dan Kenji, 41, selamat disatukan sebagai suami isteri di Masjid Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Majlis pernikahan ini diadakan secara kecil-kecilan dan hanya dihadiri kira-kira 15 orang keluarga terdekat.

Sementara itu, penyanyi lagu Kantoi ini berkata menjelaskan dia tiada niat merahsiakan pernikahan mereka hinggalah tular foto dia memakai pakaian pengantin di media sosial.

Kalau ada rezeki nak buat resepsi di kampung halaman, semuanya bergantung situasi sekarang.

ZEE AVI

PENYANYI

"Kami ada jurugambar dan juruvideo jadi, tunggu kami bergambar cantik-cantik dan edarkan kepada media. Itulah sebab kami panggil jurugambar.

"Tapi semasa masih lagi menyarung baju pernikahan, saya perasan notifikasi berkenaan pernikahan saya... mujurlah maklum balas yang diterima positif.

zee avi

Zee dan suami bersedia timang anak dalam masa terdekat.

"Sebab itulah saya memutuskan untuk berkongsi dengan media. Bila sudah sah, barulah saya mahu kongsi semuanya... sebab proses untuk pernikahan ni agak mencabar," ujarnya.

Dalam pada itu, Zee memberitahu dia merancang mengadakan majlis resepsi di kampung halaman di Sarawak dengan dihadiri keluarga dan rakan-rakan dari seluruh dunia.

"Kalau ada rezeki nak buat resepsi di kampung halaman, semuanya bergantung situasi sekarang.

"Perancangan honeymoon InsyaAllah tahun depan, tapi mungkin balik kampung suami di Tokyo.

"Kami juga ada bercakap tentang anak... lebih-lebih lagi dalam usia ini, kami ada bercakap mengenai perancangan itu. Kalau Allah nak bagi kami ambil kalau ada rezeki itu," ujarnya yang memaklumkan suaminya bekerja sebagai penganalisis kandungan di sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) tempatan sejak empat tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain