suria

Siaran berbayar tapi ditonton percuma guna ‘Android Box’ haram hukumnya kerana menceroboh hak orang lain

Siaran televisyen seluruh dunia boleh diakses dengan menggunakan peranti 'Android Box' termasuklah kandungan berbayar. - Gambar hiasan.

DALAM satu kejadian pada awal tahun ini, seorang pengarah sebuah syarikat teknologi maklumat dihadapkan ke sebuah mahkamah kerana menjual peranti iaitu android box yang membenarkan siaran televisyen seluruh dunia diakses. Ia termasuk saluran berbayar iaitu Astro.

Ini bermakna, dengan adanya peranti itu yang menggunakan rangkaian Internet, penonton tidak perlu melanggan saluran berbayar kerana ia boleh ditonton secara percuma. Penonton hanya perlu membayar bil internet sahaja. Ya... Ia menjimatkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Elak rezeki haram... 5 pekerjaan ini melelahkan tetapi diredai Allah

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai teruja, kongsi secara terbuka 'benda haram tapi teringin nak buat'... ini jawab ustaz!

Dalam kes lain pula, pemilik syarikat produksi Pencil Pictures & Records Sdn Bhd iaitu, Datuk Ayu Puteh kesal apabila penjualan kotak peranti ini tidak disekat dan ia dijual secara berleluasa.

Katanya, tindakan itu bakal memusnahkan industri seni tanah air apabila kandungan yang disiarkan di saluran berbayar di ciplak apabila ia ditonton secara percuma melalui peranti itu.

Penggunaan 'Android Box' semakin berleluasa ketika ini.Penggunaan Android Box membolehkan saluran TV diakses seluruh dunia. Gambar hiasan.

Daripada segi undang-undang seseorang yang menjual barang berkenaan boleh dikenakan tindakan bawah Seksyen 41(1)(ha) Akta Hak Cipta 1987 kerana menjual teknologi atau alatan untuk memintas perlindungan teknologi yang disebut dalam subseksyen 36A(3), Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan pihak yang didapati bersalah boleh didenda tidak kurang daripada RM4,000 dan tidak lebih daripada RM40,000 bagi setiap perekaan yang berkenaan atau dipenjarakan tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Itu dari sudut undang-undang. Namun dalam agama Islam pula, perbuatan membeli peranti dengan niat untuk menonton saluran yang sepatutnya perlu dibayar tetapi mahu ditonton secara percuma ditafsirkan sebagai haram. Maknanya berdosa.

Justeru adalah satu kesalahan bagi seseorang mencerobohi hak tersebut atau menggunakannya dengan cara yang salah seperti mencetak tanpa kebenaran, menggodam atau menggunakannya tanpa membayar atau melanggannya. (Rujuk Majalah Majma’ Fiqh al-Islami 2080/5[2]; Fiqh Nawazil 165/2[3]).

Membeli peralatan itu daripada segi hukumnya harus namun seandainya tujuan tersebut adalah untuk mengakses siaran berbayar dan hak cipta, ia diharamkan kerana dianggap menceroboh hak dan menzalimi pihak lain.

“Terdapat dua bentuk siaran yang akan diperoleh melalui penggunaan peranti tersebut iaitu siaran berbayar dan siaran percuma. Justeru, tidak timbul sebarang isu syariah bagi kategori siaran percuma kerana ia boleh digunakan oleh semua orang.

“Namun begitu, timbul isu syariah bagi kategori siaran berbayar yang sepatutnya pengguna bayar terlebih dahulu untuk mendapat akses siaran tersebut.

“Terdapat keadaan di mana pengguna peranti tersebut mendapat akses kepada siaran berbayar tanpa melanggannya yang seterusnya menyebabkan kerugian kepada syarikat penyiaran.

Android Box - 1

Contoh Android Box.

“Justeru, permasalahan ini adalah sama mengambil hak orang lain dengan cara yang batil dan menzalimi syarikat penyiaran serta pihak-pihak berkaitan dengannya,” demikian menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Malah, perbuatan seperti itu turut dijelaskan dalam al-Quran menerusi surah Al Baqarah (ayat188) yang maksudnya: Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah.

Bagi menghuraikan perkara tersebut menurut pandangan Islam, pejabat mufti itu turut berkata sesebuah hak cipta dan lesen penyiaran atau semacamnya merupakan sesuatu yang diiktiraf oleh syarak.

Ini dapat dilihat melalui kenyataan Dr Abu Ghuddah yang menyatakan bahawa cap dagangan, nama syarikat, tulisan atau ciptaan seseorang dalam konteks semasa dianggap mempunyai nilai di sisi syarak.

Justeru adalah satu kesalahan bagi seseorang mencerobohi hak tersebut atau menggunakannya dengan cara yang salah seperti mencetak tanpa kebenaran, menggodam atau menggunakannya tanpa membayar atau melanggannya. (Rujuk Majalah Majma’ Fiqh al-Islami 2080/5[2]; Fiqh Nawazil 165/2[3]).

Bagaimanapun jika langkah membeli sesebuah peranti bagi menonton kandungan percuma yang tidak melibatkan hak lain atau menceroboh hak mereka, ia dianggap diharuskan syarak sekiranya menepati syarat.

Hal berkenaan dilihat pada kaedah fiqh berikut yang maksudnya Hukum asal suatu perkara adalah harus sehingga terdapat perkara yang membawa kepada pengharamannya. - (Rujuk al-Asybah wa al-Nazoir h.60).

Namun begitu, jika pembelian bertujuan untuk mendapatkan akses siaran berbayar dengan cara yang salah maka ia adalah haram bertepatan dengan kaedah fiqh berikut yang maksudnya Setiap perkara itu bergantung dengan niat tujuannya. - (Rujuk al-Asybah wa al-Nazoir h.8).

Justeru janganlah kita berterusan membiarkan diri kiri, anak-anak dan keluarga menanggung dosa atas perbuatan yang tidak kita sedari atau ambil ringan ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Android box haram, netflix, astro,

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Putrajaya banjir selepas satu jam hujan