suria

Mawar Rashid, suami kerja keras beli banglo 2 juta, kesal pernah dituduh mata duitan

Impian Mawar miliki rumah banglo tercapai hasil kerja kerasnya dengan suami.

PERKONGSIAN pelakon Mawar Rashid mengenai pencapaiannya memiliki rumah idaman pada usia 26 tahun memberi pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Menyedari ada suara sumbang menuduhnya seorang wanita materialistik yang hanya berharap pada harta suami, Mawar atau nama sebenar Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid menegaskan apa yang dimiliki hari ini merupakan hasil kerja kerasnya sendiri.

"Tak sangka umur 26 tahun dapat beli banglo... Alhamdulillah, syukur dapat beli rumah pertama atas nama Mawar sendiri tapi apa-apa pun Mawar nak berterima kasih pada suami sama-sama kerja keras, tongtong (kongsi-kongsi) untuk dapatkan rumah idaman ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Bidang perniagaan bantu Mawar Rashid perbaiki cara bercakap

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat hairan Mawar Rashid ‘hilangkan’ diri, 2 minggu tak muncul di IG... rupa-rupanya sekeluarga positif Covid-19

"Dari dulu Mawar selalu dengar orang cakap Mawar ni materialistik, pandang harta, sampai kata hidup Mawar ni semua lelaki tanggung. Sedih dan perit sangat sebab Mawar bekerja habis-habisan bagi merealisasikan impian ini.

"Kalau tanya kawan-kawan atau keluarga Mawar, dia orang tahulah macam mana Mawar sibuk kerja dari muda. Mawar diajar untuk berdikari... dari umur 15 tahun Mawar memang tak minta duit daripada mummy untuk pergi sekolah, cari duit sendiri sampai dah ada anak dua pun," katanya menerusi Instagram.

mawar 2

Perkongsian Mawar di Instagram menerima pujian pengikut.

Sementara itu, Mawar memberitahu dia seorang yang bercita-cita tinggi dan enggan bergantung harap pada suami sepenuhnya jika ingin mencapai sesuatu impian.

"Mawar cerita ni bukan sebab mengeluh penat kerja, saya suka kerja saya... Mawar cerita sikit je ni fasal kehidupan Mawar yang sebenar, yang orang selalu cakap Mawar mata duitan tu.

Selagi kita ada kudrat, ada tenaga carilah rezeki dengan niat yang betul, nak bantu suami, bantu ibu bapa, keluarga dan orang memerlukan di luar sana!

MAWAR RASHID

PELAKON

"Ada orang label Mawar nak kikis harta... ingat drama Mega Holding ke nak kikis ni, mungkin ada orang macam tu tapi bukan saya! Mawar tak reti nak meminta sebab dah biasa kalau nak sesuatu saya akan usaha.

"Rumah ini adalah satu kepuasan bagi Mawar sebab ni macam self reward. Saya kerja macam gila sampai boleh lepas pinjaman tinggi macam ni, memang tak senang," ujarnya.

mawar 1

Mawar bersama suami dan anak-anak mereka.

Dalam pada itu, Mawar turut menasihati wanita di luar sana untuk memperbetulkan niat mencari rezeki membantu keluarga dan sentiasa bersedekah.

"Nasihat Mawar selagi kita ada kudrat, ada tenaga carilah rezeki dengan niat yang betul, nak bantu suami, bantu ibu bapa, keluarga dan orang memerlukan di luar sana.

"InsyaAllah rezeki datang macam magik. Allah mudahkan urusan kita dan rajinkan bersedekah, sentiasa kongsi rezeki dengan orang lain. Mawar doakan mereka yang baca artikel ini dilimpahi rezeki seperti air zam-zam yang mengalir," katanya.

Baru-baru ini, perkongsian video suami Mawar menyerahkan rumah banglo menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang turut teruja dengan pencapaian bekas finalis Dewi Remaja 2014 ini.

Mawar dan Raf atau nama sebenar Raden Ahmad Faizal Yaakob mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Raden Muhammad, 2, dan Raden Seri Rosabella Cinta yang kini berusia 10 bulan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain