suria

“Tak melambangkan siapa menang dia hebat” - Gagal bawa balik trofi Artis Baharu Lelaki Popular, Meerqeen memang tak letak harapan tinggi

Meerqeen bangga dapat tersenarai sebagai lima terbaik artis baharu popular.

KEGAGALAN membawa pulang trofi Artis Baharu Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34) Sabtu lalu tidak mematahkan semangat pelakon Meerqeen.

Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 20, berkata, dia tidak berasa terkilan atau sedih, sebaliknya bangga berada dalam kalangan orang hebat yang tersenarai dalam lima terbaik.

"Saya okay je tak terkilan dan tak sedih. Bagi saya rezeki orang lain-lain dan Meerqeen tak meletakkan harapan yang tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Meerqeen susah nak ‘move on’, tak suka jadi mangsa cinta dikhianati - “Saya bercinta untuk kahwin”

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon baharu Meerqeen terima kritikan demi nak timba ilmu - “Lagi suka kalau orang benci saya, maksudnya satu bonus”

"Ini hanya anugerah dan tak melambangkan siapa menang tu dia power atau hebat. Saya percaya rezeki ada di mana-mana. Tahniah kepada Dinie," katanya kepada mStar.

meerqeen2Meerqeen tidak terkilan sebaliknya percaya kepada rezeki masing-masing.

Penyanyi Dinie Rashid memenangi Anugerah Artis Baharu Lelaki Popular dengan menewaskan Meerqeen, Nadhir Nasar, Fadh Majid dan Aliff Iskandar.

Dalam pada itu, Meerqeen berkata, tersenarai sebagai lima terbaik sudah menunjukkan bakatnya mula diterima dalam industri seni.

"Perasaan saya sangat happy apabila tercalaon sebab untuk masuk Top 20 bukan mudah ini kan lagi nak masuk Top 5 lagi la bukan mudah.

"Saya sangat bangga, tahun 2021 tahun kedua saya dalam industri. Bila diberikan kepercayaan dalam Top 5 ia bermakna orang nampak bakat dan kebolehan saya," ujarnya.

Bagi saya rezeki orang lain-lain dan Meerqeen tak meletakkan harapan yang tinggi.

MEERQEEN

PELAKON

Tambah Meerqeen, dia juga mengucapkan terima kasih kepada kelab peminatnya yang banyak mengundi dan menyokong kerjayanya.

KUALA LUMPUR 13 NOVEMBER 2021 Dinie Rashid memenangi trofi  Artis Baharu Lelaki Popular pada malam kemuncak ABPBH ke-34 disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL). NSTP/TEAM NSTPDinie Rashid dinobatkan sebagai Artis Baharu Lelaki Popular ABPBH34.

Tanpa kepercayaan dan undian peminat dia tidak berasa layak berada dalam senarai lima terbaik.

"Meerqeen punya Troopers memang sangat-sangat kuat. Mereka dah buat sehabis baik.

"Saya sangat bersyukur, tapi nak buat macam mana bukan rezeki saya. Mungkin next time atau award lagi besar." ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain