suria

Adam Shahz mohon maaf, isu arah pelakon dan kru tidak ‘berkokok’ tiada kaitan dengan JS Pictures

Adam Shahz mohon maaf sekiranya menjejaskan produksi JS Picture.

PENDEDAHAN pelakon Adam Shahz mengenai sebuah produksi yang dikatakan meneruskan penggambaran biarpun sebahagian daripada kru positif Covid-19 tiada kaitan dengan syarikat produksi JS Pictures.

Adam berkata, dia tidak menyebut mana-mana pihak namun memohon maaf jika perkara itu menjejaskan produksi milik pelakon Sheila Rusly itu.

“Berkaitan dengan kenyataan sebelum ini. Saya memohon maaf dan menafikan pembabitan JS Pictures dalam isu pelanggaran SOP.

ARTIKEL BERKAITAN: Adam Shahz bengang produksi minta pelakon tak ‘berkokok’, sorok maklumat kru positif Covid-19

“Saya juga tidak menyebut nama mana-mana produksi pada kenyataan tersebut.

“Jika ada isu berbangkit selepas ini, ianya tidak berkait dengan saya sama sekali,” ujarnya kepada mStar.

adam2

Adam menegur tindakan sebuah produksi yang meminta kru dan pelakon mengunci mulut mengenai beberapa kru dan pelakon disahkan positif.

Permohonan maaf itu dibuat sehari selepas membuat pengakuan mempunyai bukti terdapat sebuah produksi mengarahkan pelakon dan kru terlibat agar tidak ‘berkokok’ tentang isu menjadi kontak rapat pesakit Covid-19.

Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, berkata dia hanya memberikan pendapat bahawa pihak produksi perlu lebih bertanggungjawab jika terdapat kru atau pelakon yang disahkan positf covid-19.

"Saya sekadar memberikan pendapat terhadap industri seni setelah hampir lima bulan tidak dapat menjalani pengambaran.

Saya memohon maaf dan menafikan pembabitan JS Pictures dalam isu pelanggaran SOP.

ADAM SHAHZ

PELAKON

"Diharapkan individu-individu terutamanya artis dan juga kru dapat menjaga diri dan kesihatan serta sentiasa patuh dengan SOP yang ditetapkan,” ujarnya.

Terdahulu, tanpa menyebut nama mana-mana pihak, Adam menegur tindakan sebuah produksi yang meminta kru dan pelakon mengunci mulut mengenai beberapa kru dan pelakon disahkan positif bagi meneruskan penggambaran.

Menerut Adam, perkara sebegitu hanya menjejaskan dan memburukkan imej industri seni yang sememangnya sudah dipandang negatif.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Adam Shahz mohon maa, JS picture

Artikel Lain