suria

Caprice akhirnya ‘nampak’ jalan pulang, berangkat tinggalkan bumi Jordan

Caprice ucap selamat tinggal kepada sahabat-sahabatnya di Mesir.

LEBIH dua bulan berada di Mesir dan Jordan, penyanyi rap Caprice akhirnya pulang ke Malaysia pada Isnin.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, memberitahu dia mengambil masa lama untuk balik ke Malaysia berikutan perlu menyempurnakan misi di negara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “See you soon Malaysia... korang nak kirim apa-apa tak?” - Kerajaan dah bertukar, Caprice sempat buat lagu sebelum pulang

“Salam Malaysia! Alhamdulillah selepas dua bulan lebih, ini mungkin perjalanan paling gila sejauh ini. Akhirnya saya pulang ke Malaysia.

“Saya mohon maaf kerana lewat, ia memerlukan sedikit masa untuk menyempurnakan bahagian tertentu dalam misi saya,” tulis Caprice di saluran aplikasi Telegram miliknya.

Caprice turut berkongsi mesej perbualannya dengan Ebit Lew bertarikh 1 Julai lalu.

Caprice mencetuskan kontroversi pada 16 Julai lalu membabitkan kerja amal Ebit Lew.

Caprice turut memuat naik beberapa posting mengucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawan baharunya di Mesir.

Dalam pada itu, Caprice berkata, dia perlu menjalani kuarantin setibanya di Malaysia selama 10 hari sebelum menguruskan beberapa urus niaga yang tertangguh.

“InsyaAllah selepas Caprice sampai Malaysia perlu kuarantin selama 10 hari dan cari staff baru untuk uruskan hoodies. Saya akan hantar hoodies, tasbih dan hadiah dari Palestin kepada pembeli dan ejen InsyaAllah pada 18 September ini,” ujarnya.

Alhamdulillah selepas dua bulan lebih, ini mungkin perjalanan paling gila sejauh ini.

CAPRICE

PENYANYI RAP

Sementara itu Caprice berkata, dia merancang untuk kembali ke Mesir pada Disember depan.

Penyanyi lagu Xde Hal Bro ini juga bakal melancarkan lagu bersama artis-artis Mesir pada 10 Oktober ini.

Caprice berangkat ke Mesir pada 24 Julai lalu bagi menyertai misi bantuan ke Gaza.

Penyanyi itu mencetuskan kontroversi pada 16 Julai lalu apabila mendedahkan cerita belakang tabir membabitkan personaliti dakwah Ebit Lew ketika di Palestin.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain