suria

Tak sangka dapat kejutan, Ebit Lew tiba-tiba muncul di gerai buah Azlee Senario - “Alhamdulillah... berkat doanya, jualan saya habis”

Azlee terkejut dengan kehadiran Ebit Lew di tapak niaganya di Sungai Buloh.

SELEPAS tular foto Azlee Senario berniaga di tepi jalan, personaliti dakwah iaitu Ebit Lew datang melawat gerai milik pelawak tersebut yang terletak di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh, Sabtu lalu.

Menganggap ia satu kejutan yang besar, Azlee atau nama sebenarnya Azlee Jaafar meluahkan rasa syukur dengan kehadiran Ebit Lew yang memberi kata-kata semangat untuk dia terus mencari rezeki dalam tempoh pandemik Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak pernah pula Senario bermusuh dengan sesiapa” - Azlee kongsi rahsia kumpulan lawak veteran masih bertahan

Menurut Azlee, pakar motivasi itu juga membeli buah-buahan yang dijualnya selain memberikan sedikit sumbangan berbentuk wang tunai.

"Sejujurnya saya terkejut apabila gambar saya berniaga menjadi tular. Mungkin dari situ beliau nampak dan tergerak hati nak datang ke gerai saya. Bagi saya, ia satu kejutan yang amat besar.

"Saya sangat terharu dengan kehadirannya yang sanggup turun bertemu dengan saya di tapak berniaga. Dia memberi kata-kata semangat dan perangsang kepada saya agar jangan pernah berputus asa kerana Allah sayang.

Azlee Ebit Lew 1

Azlee bersyukur Ebit Lew datang melawatnya di gerai jualannya.

"Semangat yang dia berikan sebagai satu sumber dan ilham untuk saya mencari rezeki di kala pandemik. Dia juga ada membeli buah-buahan serta sedikit sumbangan.

"Saya sangat bersyukur dan berkat doanya, ramai orang datang membeli... Alhamdulillah," kata Azlee kepada mStar.

Pada minggu lalu, tular foto Azlee sedang duduk berniaga buah-buahan sambil menunggu pelanggan di laman sosial dan rata-rata netizen meminta orang ramai untuk membantu pelawak itu dengan membeli hasil jualannya di tapak pasar malam di Saujana Utama, Sungai Buloh.

Saya sangat bersyukur dan berkat doa beliau jualan saya habis!

AZLEE SENARIO

PELAWAK



Azlee mula berniaga buah-buahan dan hasil laut seperti ikan, ketam, kupang, kerang, lala dan siput sedut di tapak pasar malam di Saujana Utama sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikuatkuasakan Jun lalu.

Dalam pada itu, Azlee mengakui banyak kerja termasuklah penggambaran filem serta konsert Senario terpaksa ditangguhkan berikutan kerajaan masih tidak membenarkan sebarang aktiviti seni.

Biarpun terkesan dengan keadaan sekarang, pelawak berusia 54 tahun ini tidak pernah patah semangat untuk mencari sumber pendapatan bagi menyara kehidupannya sekeluarga.

Azlee Ebit lew 3

Bukan sahaja buah-buahan, Azlee turut menjual hasil lautan seperti udang galah.

"Buat masa ini, semua aktiviti seni terpaksa ditangguhkan sehingga kerajaan membenarkan semula. Jadi, saya kena cari sumber pendapatan lagi. Sepatutnya saya dan ahli Senario lain menjalani penggambaran untuk filem kami di Terengganu.

"Semuanya sudah dirancang dan tinggal untuk jalankan penggambaran saja. Konsert 25 tahun Senario yang sepatutnya diadakan bulan November pun terpaksa ditunda. Tapi tak apa, ia tidak mematahkan semangat saya untuk mencari rezeki menyara keluarga.

"Sebab itu saya berniaga... walaupun berniaga buah-buahan dan seafood seperti udang galah tak banyak untung tapi saya dapatlah beli barangan keperluan serrta menyara keluarga dalam keadaan sekarang," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ular sawa menyorok bawah katil kanak-kanak