suria

Beri semangat kepada atlet Malaysia di Olimpik Tokyo, Margasatwa lancar 'Yang Asli' dalam bahasa Jepun

Margasatwa tampil dengan lagu Yang Asli versi bahasa Jepun untuk beri semangat kepada atlet Malaysia yang berada di Tokyo.

BERSEMPENA temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, kumpulan Margasatwa melancarkan semula lagu berjudul Yang Asli dalam versi bahasa Jepun sebagai tanda penghormatan kepada pasukan Malaysia.

Berbangga dengan semua atlet Malaysia, Kimal berkata dia telah mengolah semula lirik asal lagu tersebut bagi menepati tema semangat Olimpik.

Malah, karya tersebut juga telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Jepun oleh Izzat Sensei dari CakapJepun.Com yang membawa maksud yang lebih mendalam.

"Saya telah olah lirik asal supaya lebih tepat dengan tema semangat Olimpik. Terjemahan ke dalam Bahasa Jepun oleh Izzat Sensei dari CakapJepun.com memberikan makna yang lebih mendalam.

Saya telah olah lirik asal supaya lebih tepat dengan tema semangat Olimpik.

KIMAL

VOKALIS MARGASATWA

"Apapun pencapaian atlet negara, kita seharusnya bangga dan memberi sokongan penuh kepada mereka. Menang ataupun kalah, mereka telah berjuang dan melakukan yang terbaik demi Malaysia.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kami bukan sekadar nak tujukan pada atlet Malaysia yang tengah berjuang, tapi untuk semua rakyat Malaysia yang sekarang tengah berdepan dengan pelbagai cabaran," katanya kepada mStar.

Lagu itu juga merupakan kolaborasi antara Margasatwa dan CakapJepun.com, sebuah pusat pembelajaran Bahasa Jepun yang ditubuhkan oleh anak tempatan yang merupakan graduan Universiti di Jepun

Margasatwa

Margasatwa berharap lagu tersebut dapat diterima pendengar.

Sekadar info, Kimal adalah seorang graduan dari Universiti Tokai, Jepun.

Dalam pada itu Fadhil, selaku penyusun lagu dan pemain gitar utama Margasatwa berkata video lagu tersebut yang dimuat naik di YouTube turut disertakan dengan sarikata yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu.

"Para pendengar boleh merujuk kepada sarikata pada video di YouTube untuk belajar sedikit sebanyak bahasa Jepun dan terjemahan dalam bahasa Melayu," ujarnya.

Untuk rekod, Malaysia akhirnya meraih pingat pertama di Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila beregu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik merangkul pingat gangsa dalam acara beregu lelaki pada Sabtu lalu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain