suria

[VIDEO] Alhamdulillah! Doa Fattah Amin mahu Fazura bertudung akhirnya dimakbulkan

TEKA-TEKI mengenai penampilan terbaharu Nur Fazura akhirnya terjawab apabila suami kepada aktres itu iaitu pelakon Fattah Amin mengesahkan bahawa isterinya kini sudah berhijab sepenuhnya.

Menurut Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin,31, dia bersyukur doa untuk melihat isterinya berubah ke arah menjadi muslimah lebih baik termakbul.

Penampilan baharu Fazura menarik perhatian ramai apabila kerap mengenakan hijab dalam setiap gambar yang dimuat naik menerusi media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi usia dua minggu jatuh ke lantai, Najdi bekas kumpulan UNIC menyesal! - “Lepas tukarkan baju baby, saya biar atas meja”

180327704_112141060920224_7929866576148761368_n
Fattah bersyukur apabila doanya selama ini termakbul.

"Sebagai seorang suami saya rasa bersyukur kerana itu apa yang saya doakan selama ini.

"Alhamdulillah, Fazura pun dah bertudung sekarang ni," ujarnya kepada mStar.

Saya teringin nak bawa dia ke zoo kerana sekarang ni saya hanya bacakan buku tentang haiwan kepada Fatima.

FATTAH AMIN

PELAKON

Pelakon drama Isteriku Bukan Untuk Disewa itu berkata demikian ketika sesi pelancaran single terbaharunya yang berjudul Hamba secara maya pada petang Khamis.

Selain itu, Fattah turut berkongsi hasrat untuk membawa cahaya mata sulungya Nur Fatima Aisya ke zoo apabila pandemik ini berakhir.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya teringin nak bawa dia ke zoo kerana sekarang ni saya hanya bacakan buku tentang haiwan kepada Fatima.

nfsdnf
Fattah ingin membawa Fatima ke zoo sebaik sahaja pandemik ini berakhir.

"Rasa kesian apabila dia sendiri tak dapat tengok dan kenal haiwan-haiwan tersebut secara langsung dan hanya melihat mereka melalui televisyen," ujarnya.

Berkongsi perkembangan Fatima, Fattah berkata dia dan Fazura tidak senang duduk dan bimbang setiap kali anak mereka meragam.

Tambahnya, pelbagai perkara yang difikirkannya jika terdengar bayi itu menangis kerana terlalu sayangkan anak mereka.

Dalam perkembangan lain, single terbaharunya yang berjudul Hamba merupakan kolaborasi ketiga Fattah bersama komposer Hafiz Hamidun selepas single Kiriman Agung dan Sinar Selawat.

Lagu yang turut mendapat sentuhan serta kolaborasi bersama penyanyi rap Kmy Kmo itu bakal dilancarkan di kesemua platform digital mulai 23 Julai.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain