suria

Nama busuk lagi! Wanita menyamar ejen tipu pelanggan Siti Sarah... ambil bayaran tapi barang lesap - “Sila mohon maaf dan tanggung rugi”

Sarah membuat laporan terhadap individu yang telah mencemarkan nama syarikat miliknya.

PERNAH terpalit kontroversi dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), penyanyi Siti Sarah mengakui bimbang imejnya akan tercalar apabila kali ini dikaitkan pula dengan aktiviti penipuan melibatkan jenama produknya.

Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Raisuddin, 36, ia berikutan terdapat seorang wanita menyamar sebagai ejen dropship dan mengambil bayaran daripada pesanan pelanggan.

ARTIKEL BERKAITAN: Reputasi terjejas, Bubblebee henti usahasama dengan rakan kongsi 4 cawangan disiasat SPRM

Isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu ini juga memberi tempoh selama 48 jam bermula Khamis kepada individu terbabit untuk melakukan permohonan maaf kepadanya.

sarah
Sarah memberi tempoh 48 jam kepada individu itu untuk memohon maaf secara terbuka dan bayar semula ganti rugi.

"Saya rasa sangat sedih kerana sebelum ini pernah dikaitkan dengan kes SPRM dan bila penipuan ini berlaku dalam syarikat sendiri, saya risau dengan tanggapan orang terhadap syarikat saya.

"Saya tak mahu orang menganggap semua ejen dropship saya ni penipu kerana ada diantara mereka yang betul-betul bekerja dengan kami untuk mencari rezeki.

"Saya memberi dia tempoh 48 jam untuk memohon maaf secara terbuka dan membayar segala kerugian yang ditanggung oleh pelanggan," ujar Sarah kepada mStar.

Saya rasa cukup terkilan sebab individu seperti wanita ini sanggup menggunakan platform saya sebagai tempat untuk menipu.

SITI SARAH

PENYANYI

Penyanyi lagu Semakin itu berkongsi perkara tersebut ketika sesi sidang media yang dilakukan secara maya pada petang, Khamis.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebelum ini, Sarah memberitahu seorang wanita dikenal pasti telah menjalankan penipuan dengan menyamar sebagai ejen dropship dan mengambil bayaran daripada pesanan pelanggan yang telah membeli barangan jualan syarikatnya, Loveta Sdn. Bhd, namun tiada penghantaran dibuat.

Susulan itu, Sarah telah membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor yang diwakili Pegawai Pemasaran Loveta Sdn. Bhd.

Dalam pada itu, Sarah rasa terkilan kerana ada yang sanggup menggunakan platfom ini untuk melakukan penipuan sedangkan dia mahu membantu orang lain menjana pendapatan tanpa meminta modal daripada mereka.

dgdg
Sarah hanya mahu membantu mereka yang terjejas ketika pandemik ini untuk berniaga tanpa sebarang modal.

"Saya rasa cukup terkilan sebab individu seperti wanita ini sanggup menggunakan platform saya sebagai tempat untuk menipu.

"Niat saya hanya mahu membantu mereka yang terjejas pendapatan ketika pandemik ini untuk berniaga tanpa meminta sebarang modal daripada mereka.

"Setiap hari saya terima DM daripada mereka yang mahu mencari rezeki dalam keadaan sekarang, rasa bersalah bila tak dapat nak bantu semua," katanya.

Untuk rekod, Sarah dan suaminya Shuib pernah dipanggil pihak SPRM berikutan disyaki terlibat dalam kes penggubahan wang haram yang membabitkan perniagaan air yang dijalankan mereka.

Kes tersebut mendatangkan kesan negatif dan secara tidak langsung menjejaskan reputasi perniagaan mereka sehingga syarikat pengeluaran air minuman itu menamatkan usahasama di empat cawangan yang terkait dengan siasatan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain