suria

Masya Masyitah beli rumah kedua hasil duit menang pertandingan... hasrat bawa keluarga tinggal sekali tercapai - “Kami tak perlu berjauhan lagi”

Masya Masyitah gembira dapat berkongsi rezeki dengan keluarga pada usia muda.

PADA usia seawal 21 tahun, penyanyi Masya Masyitah boleh dijadikan sebagai idola dalam kalangan anak muda apabila berjaya memiliki dua buah rumah idaman hasil usahanya sebagai penyanyi.

Bakal mendiami rumah tiga tingkat di Kajang, Selangor yang dibeli pada Disember lalu, Masya atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff berkata, dia berhasrat membawa semua ahli keluarganya untuk tinggal bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi kegembiraan dapat balik beraya di kampung bawa padah, Masya Masyitah kini disiasat polis

"Alhamdulillah, memang impian saya nak belikan sebuah rumah yang lebih selesa untuk seisi keluarga dan akhirnya hasrat itu tercapai tahun lalu.

"Saya beli guna duit kemenangan selepas menang pertandingan Yippi Star Quest 2020 yang diadakan pada Oktober tahun lalu.

"InsyaAllah kami sekeluarga akan berpindah ke rumah baharu pada hujung tahun hadapan sebab rumah masih lagi dalam proses renovation, sekarang pula tengah lockdown jadi proses itu tergendala sekejap," katanya kepada mStar.

masyaa

Masya gembira dapat bahagiakan ibu bapanya.

Untuk rekod, Masya membeli rumah pertamanya iaitu sebuah kondominium di Puchong, Selangor secara tunai pada 2018.

Masya berkongsikan perkara itu ketika sidang media secara maya bagi mempromosikan single terbaharunya dalam bahasa Mandarin iaitu Jiu Meng Xin Su pada Khamis.

Enggan mendedahkan harga rumah jenis Semi D itu, Masya berkata dia gembira dapat berkumpul bersama keluarga, berikutan sebelum ini hanya tinggal bersama ibunya, Zalilah Mat Nor, 52.

Alhamdulillah, memang impian saya nak belikan sebuah rumah selesa untuk keluarga dan akhirnya hasrat itu tercapai.

MASYA MASYITAH

PENYANYI

Manakala bapa, dua abang dan adik lelakinya masih menetap di kampung halaman mereka di Kulim, Kedah.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sebelum ini memang saya dan ibu sahaja yang tinggal di Puchong... ayah dan adik-beradik semua tinggal di Kulim.

"Alhamdulillah, rezeki saya sampai awal dapat bagi family keselesaan macam ini. Saya rasa gembira serta dah tak sabar nak duduk sama-sama... kami dah tak perlu berjauhan lagi dah," katanya.

masya2

Masya sebelum ini duduk berjauhan dengan bapanya yang bekerja di Kulim.

Sementara itu, bercerita mengenai single terbaharunya itu, Masya berkata dia terharu apabila cara nyanyiannya dalam bahasa Mandarin mendapat pujian daripada peminat berbangsa Cina.

"Saya terharu bila ada peminat berbangsa Cina yang puji cara sebutan dan nyanyian saya kedengaran seperti orang Cina.

"Saya harap lagu ini dapat diterima semua dan memang saya sendiri suka layan-layan lagu Mandarin seperti daripada idola saya iaitu Jay Chou dan Wang Leehom," katanya.

Jiu Meng Xin Su yang bermaksud 'Old Dreams New' kini sudah boleh didapati di semua aplikasi penstriman muzik.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain