suria

Mengaji Al-Quran sampai juzuk empat, Nabila Huda dekatkan diri dengan Allah - “Saya juga dapat solat dengan sempurna”

PKP hampir dua tahun Nabila Huda banyak berubah ke arah kebaikan.

DUA tahun negara dilanda pandemik Covid-19 banyak mengubah kehidupan pelakon Nabila Huda ke arah yang lebih baik.

Cerita Nabila, 37, paling ketara apabila dia mula mendekatkan diri dengan agama selain melaksanakan tugas sebagai isteri dan ibu di rumah dengan sempurna.

"Sepanjang PKP yang hampir memasuki dua tahun ni kadang-kadang rasa stress, tak bebas dan hidup dalam ketakutan.

ARTIKEL BERKAITAN: Influencer nak jadi pelakon? Kena ‘hadam’ dulu pesanan Nabila Huda - “Kalau saya tak pandai berlakon... tak berani nak ambil watak utama”

"Tapi dalam masa dua tahun ni juga terlalu banyak benda berubah dalam hidup... saya berubah ke arah kebaikan.

"Tingkah laku berubah, cara hidup berubah, saya banyak luangkan masa dengan keluarga dan semakin rapat dengan mereka," ujarnya kepada mStar.



Perkongsian Nabila Huda di Instagram miliknya.

Selain itu menurut Nabila, dia juga sedang cuba memperbaiki hubungannya dengan Penciptanya.

"Saya dah belajar mengaji Al-Quran dan baca kitab setiap hari dengan kawan-kawan. Alhamdulillah sekarang dah sampai juzuk empat.

"Bukan tu saja, saya juga dapat solat dengan sempurna walaupun kadang-kadang tak cukup lima waktu.

Saya masih berusaha untuk buat dengan baik... tapi sebenarnya saya tak terfikir pun tentang ni

NABILA HUDA

PELAKON

"Saya masih berusaha untuk buat dengan baik... tapi sebenarnya saya tak terfikir pun tentang ni," katanya.

Menurut pelakon filem M4M4 ini lagi, dia juga berjaya melakukan tugas harian di rumah seperti mengemas, basuh dan sidai pakaian yang sebelum ini tidak dilakukannya.

"Sebelum ini saya boleh masak, tapi susah nak buat kerja-kerja rumah... saya tak pandai.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Tapi syukur sangat-sangat, saya sudah berubah tau!" katanya dengan nada gembira.

Dalam pada itu Nabila menasihatkan orang ramai agar melakukan sesuatu yang bermanfaat di rumah bagi mengelakkan tekanan ketika tempoh PKP sedang dikuatkuasakan di seluruh negara.



Abil bersyukur banyak meluangkan masa berasma keluarga di rumah.

Katanya laporan berhubung pelbagai tindakan tidak wajar dilakukan termasuk kes bunuh diri akibat tekanan hidup.

"Saya doakan anda dijauhkan daripada kesusahan, sentiasa positif dan elak rasa stress. Cuba lakukan sesuatu yang menggembirakan.

"Sabar itu indah, Allah takkan uji sampai kita tak boleh nak tangani," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain