suria

Ezwan Ariff tak pandai buat ‘content’ viral, terlalu malu punca nama lambat naik - “Sejujurnya pemikiran saya agak kuno”

Ezwan Ariff akui diri seorang pemalu dan tidak berani melakukan tindakan di luar pemikiran semata-mata untuk viral.

HAMPIR empat tahun berkecimpung dalam industri muzik tanah air, penyanyi Ezwan Ariff menyedari kewujudannya dalam bidang ini masih belum disedari ramai.

Menurut Ezwan, 34, tiada berita sensasi dan kurang mahir mencipta drama di media sosial membuatkan karier seninya bergerak perlahan.

"Selalu orang tanya saya... tak nak buat benda viral ke untuk lebih dikenali? Sebenarnya saya ni pemalu dan penyegan! Selalu juga saya tengok orang buat content di media sosial tapi saya tak pandai nak buat macam tu.

ARTIKEL BERKAITAN: Megat Rahim pelik tengok video berebut abang angkat, terkenang kejadian semasa sekolah - “Kebanyakan perempuan yang offer!”

"Sejujurnya saya mengakui pemikiran saya agak kuno mengenai hal begini... sekarang saya cuma fikir kalau lagu saya bagus pasti mereka di luar sana akan terima. Kalau viral tentang kita itu hanya sampingan sahaja, kalau tak ada pun tak apa," katanya kepada mStar.

Ezwan sebelum ini bergerak bersama kumpulan Neon Band selaku vokalis pada 2017 dan awal tahun ini dia memilih untuk membawa haluan secara solo.



Ezwan enggan dikenali kerana gosip panas.

Meskipun usia sudah memasuki 34 tahun, Ezwan berkata itu bukanlah penghalang untuknya mencapai cita-cita bergelar seorang penyanyi.

"Sejak umur 19 tahun saya dah simpan impian untuk jadi penyanyi tapi masa itu tak kesampaian, jadi sekarang saya sedang berusaha ke arah itu.

Bagi saya umur bukanlah ukuran atau penghalang kerana sesiapa pun boleh merealisasikan impian mereka

EZWAN ARIFF

PENYANYI

"Bagi saya umur bukanlah ukuran atau penghalang kerana sesiapa merealisasikan impian, dari segi cabaran dan penerimaan orang mungkin akan ada yang suka penyanyi lebih muda tapi soal muzik ini lebih luas.

"Tapi saya sebagai penyanyi kena pastikan apa produk dan lagu yang saya tampilkan di media sosial bersesuaian dengan market yang ada sekarang ni," ujarnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam perkembangan lain, Ezwan kini sedang giat mempromosikan single solo pertamanya berjudul Misteri.

"Selepas enam bulan dilancarkan, ramai pendengar beritahu mereka pernah dengar lagu ini di radio tapi tak tahu siapa penyanyi.



Usia bukan penghalang Ezwan capai impian sebagai penyanyi.

"Jadi sekarang ini saya dan pihak pengurusan masih meneruskan siri promosi... walaupun negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan, itu bukan penghalang untuk kita perkenalkan lagi lagu Misteri.

"Alhamdulillah! Maklum balas orang ramai sangat baik. Mereka suka lagu ini dan menerima kehadiran saya sebagai penyanyi solo," katanya.

Misteri ciptaan komposer Omar K, Ikhwan Fatanna dan Shazee telah dilancarkan pada 25 Disember lalu dan video muzik boleh ditonton di YouTube Najah Music.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain