suria

Rakam aktiviti hulur bantuan kepada OKU, Alha Alfa diminta henti cari viral - “Peliklah... kenapa ustaz Ebit Lew orang terima, saya kena kecam”

Alha memberikan buah pisang kepada seorang OKU.

TINDAKAN jurusolek artis Datuk Alha Alfa berkongsi video dia mengedarkan bantuan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) dan peniaga kecil di tepi jalan mengundang kurang rasa senang netizen di laman sosial.

Menyedari perkara itu, Alha menjelaskan tujuan dia memuat naik video tersebut bukan semata-mata sebaliknya memberi kesedaran kepada orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Sejak menduda... Alha Alfa terima gangguan mesej pelik, jampi, ayat mantera - “Menakutkan! Kenapa sampai macam ini?”

"Saya ada nampak beberapa artis yang muat naik status mengatakan jangan jadikan orang dalam kesusahan sebagai content di laman sosial.

Netizen kurang senang dengan tindakan Alha berkongsi video menghulurkan bantuan kepada OKU.

"Ada juga netizen yang komen larang saya kongsi content sebegitu. Tapi niat saya kongsi bukan nak viral atau mengaibkan orang susah. Ia sekadar perkongsian biasa yang saya buat hari-hari.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Secara tidak langsung, apa yang saya kongsikan itu memberi kesedaran kepada orang lain untuk turut bantu sesiapa yang memerlukan bantuan," kata Alha kepada mStar.

Saya kongsi itu pun untuk menarik ramai lagi orang untuk bantu golongan susah.

DATUK ALHA ALFA

JURUSOLEK ARTIS

Sebelum ini, Alfa memuat naik paparan skrin salah satu komen netizen yang memintanya untuk tidak merakam aksi memberi bantuan tersebut di laman sosial.

Biarpun berniat baik, namun tindakan Alha yang memaparkan wajah OKU itu hanya membuka aib dan memalukan keluarga individu itu.



Alha akan terus memberi bantuan kepada golongan susah.

Walaupun begitu, kecaman dan kritikan yang diterima tidak akan mematahkan semangat Alha untuk terus menghulurkan bantuan kepada golongan susah.

"Saya pelik juga, bila ustaz Ebit Lew kongsi dia tolong orang... ada program TV seperti Bersamamu bantu golongan susah itu boleh pula orang terima. Tapi bila saya kongsi, kena kecam pula.

"Saya kongsi itu pun untuk menarik ramai lagi orang untuk bantu golongan susah. Kalau saya buat senyap-senyap, kata saya tak pernah hulur bantuan pula. Nanti kata dah kaya... tayang kereta dan rumah tapi tak nak bantu orang," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain