suria

Bye zaman kanak-kanak! Rykarl gembira ruangan komen YouTube dibuka, tapi ada pula yang ‘bitter’ - “Tahan maki ke... tak koyak ke?”

Rykarl Iskandar sudah mempunyai akaun YouTube sejak umur 12 tahun.

MENJADIKAN YouTube sebagai sumber pendapatan, pelakon Rykarl Iskandar bersyukur apabila akhirnya ruangan komen di saluran miliknya kembali diaktifkan sejak Selasa lalu.

Rykarl atau nama sebenarnya Nor Heidzriq Haikal Norhamizan, 16, berkata sebelum ini pengendali laman video itu menyekat ruangan komen tersebut kerana pelakon cilik berkenaan masih di bawah kategori kanak-kanak.

ARTIKEL BERKAITAN: Rykarl Iskandar Berhenti Sekolah Tak Tahan Diejek

"Rykarl start buat content YouTube pada tahun 2016 umur masa itu 12 tahun. Tapi sejak 2019 YouTube dah tutup ruang komen.

"Sebab saya masih dikategorikan sebagai kanak-kanak. Ada akta untuk melindungi kanak-kanak sebab benda ni makin berleluasa dan mungkin ada budak-budak boleh kena jenayah siber," ujarnya kepada mStar.

Perkongsian Rykarl di laman Instagram miliknya.

Pelakon Berani Jadi Papa ini berkata, permohonan berulang kali kepada pihak YouTube akhirnya berhasil selepas dua tahun.

Menurut Rykarl pada awalnya, dia menyangka kandungan dimuat naik tidak menarik sehingga tiada komen dan respon daripada peminat.

Saya rasa gembira apabila mereka dah benarkan semula, penantian dua tahun berakhir.

RYKARL ISKANDAR

PELAKON

"Saya pernah live chat sendiri tanya kenapa tak boleh, dah try request banyak kali. Pada masatu saya pun terima je la hakikat.

"Saya rasa gembira apabila mereka dah benarkan semula, penantian dua tahun berakhir.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sebelum ni apabila ruang komen tu tak diaktifkan engagement tu tak ada, teruk sangat. Saya rasa macam buat content syok sendiri," ujarnya.

Rykarl mempunyai akaun YouTube sejak berumur 12 tahun.

Tambah Rykarl lagi, ada segelintir netizen menyangka dia sengaja menutup ruangan komen bagi mengelakkan kritikan dan kecaman terhadap video yang dimuat naik.

"Ramai orang tanya kenapa saya tutup komen, takut kena kecam ke? Saya dah pernah bagitau banyak kali sebelum ni, tapi ada yang masih bertanya... malas nak layan.

"Apabila dah open ni pun mereka tanya lagi, eh dah buka komen dah, tahan maki ke... dah tak koyak ke?" katanya.

Untuk makluman, pada tahun 2019 YouTube menguatkuasakan peraturan menutup ruangan komen bagi video yang melibatkan kanak-kanak di bawah umur bagi mengelakkan jenayah melibatkan mereka.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Rykarl Iskanda, youtube, off komen

Artikel Lain