suria

Sakitnya! Fizi Ali tumbuh bisul di kaki, ketiak... netizen pula kongsi petua pelik - “Ada yang suruh letak tahi hidung, ludah dekat bisul”

Keadaan kaki kiri Fizi yang ditumbuhi bisul.

ENTAH dari mana puncanya, penyampai radio Suria FM iaitu Fizi Ali memberitahu dia tiba-tiba ditumbuhi bisul di kaki kiri sejak beberapa hari lalu.

Lebih parah, Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin 32, berkata, bisul besar dan bernanah itu mula merebak ke bahagian ketiak dan paha sehingga sukar untuk melakukan aktiviti hariannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali masuk hospital, Shakilla Khoriri pula di Melaka - “Kesian Ameena... ibu jauh, bapa dia pula kena tahan wad”

"Saya tak pasti macam mana bisul ini boleh tumbuh. Ada orang beritahu kemungkinan disebabkan saya makan seafood atau darah kotor dan simptom kencing manis.

Fizi kongsi foto keadaan bisul di kaki kirinya.

"Sebab beberapa hari sebelum itu, saya ada makan seafood... selepas itu tumbuh bisul di kaki kiri. Pergi klinik, doktor toreh dan korek nanah... memang sakit dan pedih sangat.

"Sekarang dah beransur pulih tapi bisul tumbuh dekat dua tempat lagi iaitu di bahagian ketiak dan paha kanan pula. Memang seksa nak angkat tangan dan berjalan," kata Fizi kepada mStar.

Sebelum ini, suami kepada pelakon Shakilla Khoriri itu berkongsi beberapa foto keadaan kakinya yang ditumbuhi bisul di laman Instagram miliknya.

Mungkin saya perlu lakukan pemeriksaan kesihatan penuh.

FIZI ALI

PENYAMPAI RADIO SURIA FM

Rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman serta petua untuk merawat penyakit itu dan mendoakan agar keadaan Fizi cepat sembuh.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sekitar Ogos tahun lalu, Fizi pernah dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam panas akibat bisul yang berpunca daripada jangkitan kuman.

Dalam pada itu, Fizi memberitahu dia ingin mencuba rawatan bekam terlebih dahulu dan akan merujuk semula hospital serta melakukan pemeriksaan kesihatan penuh.

Sebelum ini Fizi pernah dimasukkan hospital akibat bisul dan terpaksa berjauhan dengan isteri serta anak.

"Sebelum ini memang saya pernah masuk hospital sebab bisul tapi waktu itu doktor kata sebab jangkitan kuman. Tapi kali ini tak tahu lagi apa puncanya. Kalau boleh nak cuba rawatan bekam terlebih dahulu.

"Saya ada beberapa kerja yang perlu diselesaikan dan kalau dah makin teruk, saya akan ke hospital semula. Mungkin saya perlu lakukan pemeriksaan kesihatan penuh.

"Selepas saya kongsikan perkara itu di IG, memang ramai netizen DM kongsi pengalaman dan beri petua. Tapi ada juga beberapa petua aneh seperti letak tahi hidung dekat bisul la.

"Ada yang suruh cari orang yang mempunyai darah keturunan raja dan minta dia ludah pada bisul... macam-macam la petua pelik," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain