suria

Emosi dah stabil, Neeta Manishaa kembali aktif media sosial... maafkan individu buat TikTok ‘salah parking’

Neeta harap individu tersebut tidak mengulangi kesilapan yang sama.

SELEPAS lebih seminggu berehat gara-gara video 'salah parking' membabitkan dirinya, penyanyi Neeta Manishaa kini kembali aktif di media sosial.

Biarpun sedih dengan apa yang terjadi namun Neeta atau nama sebenarnya Neeta Manishaa Manogaran mengakui dia sudah menjangka perkara tersebut memandangkan sudah hampir 10 tahun dalam industri.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara video ‘salah parking’ emosi Neeta Manisha kini terganggu... ambil keputusan berehat daripada media sosial

Penyanyi berusia 27 ini juga bersyukur menerima kata-kata semangat daripada keluarga, rakan dan peminat.

Neeta kembali aktif selepas lebih seminggu berehat.

"Saya sudah berada dalam industri hampir 10 tahun dan tidak terkejut perkara ini akan berlaku. Cuma sedih juga kita jangka benda macam ini terjadi.

"Tapi saya rasa, semua orang tak kira apa saja kerjaya mereka perlu sentiasa ambil waktu berehat daripada sosial media jika keadaan kesihatan mental tidak stabil.

"Selain keluarga, saya ada kawan dan rakan seindustri yang memberi semangat. Tapi peminat saya yang turut beri kata semangat dan sentiasa update saya semua perkara," katanya kepada mStar.

Saya harap orang tersebut pun belajar dan tidak akan mengulangi lagi.

NEETA MANISHAA

PENYANYI

Menerusi laporan mStar pada 11 Jun lalu, Neeta mengumumkan dia mahu berehat daripada media sosial disebabkan emosinya terganggu berikutan video yang tular itu melibatkan maruah keluarganya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebelum ini, seorang pengguna TikTok berkongsi rakaman memaparkan Neeta sedang membetulkan baju di bahagaian dada pada program All Together Now Malaysia yang ditayangkan pada 6 Jun lalu.

Bagaimanapun, baru-baru ini individu tersebut tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Neeta di laman sosial miliknya.

Emosi Neeta pernah terganggu disebabkan video yang tular.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Hanya Mimpi ini mengakui dia sudah memaafkan perbuatan tersebut dan berharap individu itu tidak mengulangi kesilapan yang sama.

"Saya rasa... secara jujur dari pandangan peribadi, saya maafkan perbuatan dia, tapi tidak semestinya bermaksud saya maafkan dia.

"Saya harap orang tersebut pun belajar dan tidak akan mengulangi lagi. Mungkin di masa hadapan atau satu hari nanti saya boleh maafkan individu tersebut sepenuh hati saya," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita kongsi detik lucu masalah bau di rumah