suria

“Bukan Jimin BTS saja... ada yang cakap iras Lucas NCT dan Kai EXO” - ‘Oppa’ Malaysia, Meernash tak gentar diserang peminat K-pop, pasang impian kerjasama dengan ‘idol’

Wajah Meernash (kanan) dikatakan mirip ahli kumpulan BTS, Jimin (kiri).

MENERIMA kecaman daripada peminat kumpulan Kpop BTS kerana wajahnya dikatakan mirip dengan salah seorang ahli kumpulan tersebut, penyanyi baharu Meernash berkata, dia sama sekali tidak terasa dengan komen negatif yang diterima.

Malah, pemilik nama sebenar Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul, 26, melihat perkara itu sebagai satu isu kecil berikutan bukan ditimbulkan olehnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Meer Nash, Nombor 2 Hebat Dunia

"Lucu sebenarnya bila saya baca balik komen-komen netizen sebab bukan Jimin sahaja orang pernah cakap, macam Lucas NCT dan Kai EXO pun pernah.

"Saya faham mungkin peminat Jimin rasa sangat protective terhadap artis kesayangan mereka sampai ada yang sanggup keluarkan kata-kata makian pada saya.

Jimin (dua dari kiri) ahli kumpulan Kpop popular, BTS.

"Sejujurnya saya cuma gelakkan sahaja sebab bukan saya yang mengaku muka saya macam Jimin sebaliknya peminat-peminat saya yang cakap benda itu... bagi saya perkara macam ini juga sedikit sebanyak dapat juga beri publisiti kepada lagu baharu saya," katanya ketika dihubungi mStar.

Mengakui banyak mengambil pengaruh daripada muzik Kpop, Meernash yang kini tampil dengan single baharu berjudul Saranghae berkata setakat ini lagu ciptaannya sendiri itu mendapat sambutan mengalakkan daripada peminat.

Saya faham mungkin peminat Jimin rasa sangat protected terhadap artis kesayangan mereka sampai ada yang sanggup keluarkan kata-kata makian pada saya.

MEERNASH

PENYANYI

"Saya sendiri merupakan peminat muzik Kpop, bagi saya tiada salah kalau kita ambil sedikit influence muzik dari Korea Selatan sebab saya sendiri suka lagu-lagu berentak fast song.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Bagi saya, kalau dapat perform fast song, ia beri lebih kepuasan kepada saya sekiranya buat persembahan pentas.

Meernash merupakan peminat muzik Kpop.

"Saya juga pasang impian kalau boleh nak berkolaborasi dengan penyanyi Kpop, Henry. Saya memang minat muzik dia dan harap apa yang saya cita-citakan ini akan tercapai nanti," katanya.

Meernash sebelum ini pernah menjadi viral disebabkan kelunakan suaranya selepas menyertai program I Can See You Voice terbitan TV3.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Meernash, BTS, Jimin, Kpop, Saranghae

Artikel Lain