suria

“Mak... terima kasih terima saya jadi menantu” - Ibu mentua Shima Anuar meninggal dunia selepas tiga minggu terlantar sakit

Shima kongsi foto kenangan bersama arwah ibu mentuannya.

SELEPAS hampir sebulan terlantar di hospital, ibu mentua kepada aktres Shima Anuar iaitu Saadiah Ishak meninggal dunia pada pukul 10.34 pagi, Rabu di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung.

Menurut Shima, dia dan suaminya iaitu Mohd Solih Toha membawa jenazah pulang ke kampung halaman di Temoh, Perak untuk menguruskan pengebumian selepas solat Asar.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu mentua Shima Anuar koma 2 minggu, rebah selepas solat Subuh

"Mak meninggal dunia kira-kira pukul 10.34 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur. Seperti yang semua maklum, arwah dimasukkan ke hospital akibat diserang penyakit jantung hujung Mei lalu.



Sebelum ini Shima pernah berkongsi keadaan ibu mentuanya.

"Saya dan suami sama-sama menghantar Jenazah pulang ke kampung di Temoh, Perak untuk pengebumian yang dilakukan selepas solat Asar," kata Shima ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Terdahulu Shima berkongsi berita sedih mengenai pemergiaan arwah ibu mentuanya yang kini berusia 77 tahun di laman Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, pelakon filem Highland Tower itu mengucapkan terima kasih kepada ibu yang menerimanya sebagai menantu dan mendoakan agar arwah ditempatkan bersama orang beriman.

Saya dan suami memang sangat sedih dengan pemergiaan mak.

SHIMA ANUAR

PELAKON

"Minta jasa baik anda untuk sedekahkan Al-Fatihah untuk ibu mentua saya, Saadiah Ishak yang telah pulang ke rahmatullah pagi tadi. Terima kasih ya semua. Mak, terima kasih terima Shima untuk jadi menantu mak.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Terima kasih lahirkan abang. Seorang anak, suami dan ayah yang baik untuk kami. Semoga mak tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin. Al Fatihah," tulisnya.

Menerusi laporan mStar pada 17 Jun lalu, Shima berkongsi kesihatan ibu mentuanya bertambah baik selepas dua minggu berada dalam keadaan koma akibat diserang penyakit jantung.



Suami Shima menemani arwah sepanjang berada di hospital.

Menurut pelakon berusia 30 tahun itu, ibu mentuannya sememangnya mengidap penyakit jantung dan dimasukkan ke hospital akibat terjatuh selepas solat Subuh pada hujung Mei lalu.

Dalam pada itu, pelakon filem Nasi Tangas ini mengakui dia dan suaminya amat terkesan dengan pemergian tersebut memandangkan arwah sudah lama menetap bersama mereka.

"Saya dan suami memang sangat sedih dengan pemergiaan mak sebab arwah dah lama tinggal bersama kami. Selama ini memang kami yang jaga dia.

"Jadi, memang terasa sangat la bila mak dah tak ada ni," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain