suria

Shalma Eliana hilang sabar, tempah ‘spread’ viral tak sampai-sampai... bisnes tart terjejas - “Peniaga ghosting macam tu saja!”

Shalma Eliana berang masih tak dapat barangan yang dipesan sehingga hari ini.

PENYANYI Shalma Eliana berang selepas menjadi mangsa penipuan pembekal satu jenama sapuan roti (spread) viral sehingga menyebabkan dia kerugian sebanyak RM300.

Menurut Shalma atau nama sebenarnya, Shalma Eliana Bruhanutheen, 21, dia berkongsi perkara itu secara terbuka berikutan hilang sabar dan mahu mencegah orang lain menjadi mangsa peniaga dipercayai seorang wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Shalma Eliana ‘target’ kahwin umur 25 tahun, sudah ada ‘plan’ masa depan dengan Ismail Izzani - “Mak, ayah suruh habiskan dulu ijazah”

"Saya geram dengan perempuan ini sebab dah ramai kena tipu, ada yang rugi sampai berpuluh ribu ringgit.

"Saya order dengan dia sejak bulan Februari tapi sampai sekarang stok barang yang dipesan tu tak sampai-sampai.

Shalma berkongsikan perbualannya dengan seller tersebut.

"Lepas itu, baru saya sedar ramai rupa-rupanya dah terkena dengan seller yang sama dan disebabkan itu juga saya post di Instagram agar dapat create awareness supaya tidak ada lagi yang jadi mangsa," katanya kepada mStar.

Penyanyi lagu Mahukah Kamu ini menggunakan spread yang menjadi kesukaan ramai itu bagi mengusahakan perniagaan tart secara kecil-kecilan.

Saya geram dengan perempuan ini sebab dah ramai kena tipu, ada yang sampai rugi berpuluh ribu.

SHALMA ELIANA

PENYANYI

"Kerugian saya tak banyak, lebih RM300 sahaja. Sebenarnya saya tak nak besarkan kes ini sampai ke pihak polis sebab saya rugi pun tak banyak.

"Cuma saya nak buat benda yang betul, beri kesedaran. Tapi saya dengar ramai dah buat laporan polis sebab jumlah kerugian mereka memang sangat banyak," jelasnya lagi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Shalma, dia berasa tertipu apabila peniaga berkenaan tidak menjawab pertanyaan tentang produk yang sudah dibelinya itu.

Perkongsian Shalma di Instagram.

Katanya, peniaga itu sepatutnya bertanggungjawab dengan memulangkan semula wang pelanggan jika wujud masalah bekalan terhad dan bukannya mendiamkan diri.

"Saya tak tahu niat dia memang nak scam ke apa, tapi yang penting cara berkomunkasi dengan pelanggan dia memang salah sebab dah berbulan-bulan tak dapat stok sampai hari ini.

"Sebagai customer mestilah kita assume benda ini scam. Saya tiada masalah kalau dia berterus-terang tiada stok dan refund saja duit tapi ini tidak dia ghosting macam itu sahaja apabila kita tanya," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Shalma Eliana, penyanyi, kes penipuan

Artikel Lain