suria

Vaksin pelindung Fendy Bakry, sakit jangkitan paru-paru makin pulih - “Saya dah terima dua dos, kebolehjangkitan Covid-19 tu rendah”

Fendy Bakry disahkan menghidap jangkitan paru-paru.

MENGALAMI demam dan sakit dada, pelakon Fendy Bakry memaklumkan dia menghidap jangkitan kuman pada paru-paru dan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kumpur.

Fendy atau nama sebenarnya, Mohd Affandi Nor Bakri, 33, bagaimanapun berkata, keadaannya semakin baik selepas menerima rawatan sejak seminggu lalu.

"Alhamdulillah kesihatan saya semakin baik, paru-paru pun masih terkawal, saya ditahan di hospital dah nak masuk seminggu.

ARTIKEL BERKAITAN :Covid-19 bukan main-main... Fendy Bakry ingatkan rakyat Malaysia terus patuh SOP - “Berhenti cari seseorang untuk dijadikan isu sampai kesudah”

"Saya datang ke hospital pada Sabtu lalu, sehari selepas rasa macam dada tak best, saya rasa dada makin berat kemudian disusuli dengan demam.

"Doktor sahkan ada jangkitan dalam paru-paru saya, saya reda je la Allah nak bagi, so kita motivate diri kita... tak boleh nak down," katanya kepada mStar.

Sebelum ini Fendy pernah terkena jangkita, darah dan fobia apabila disahkan jangkita paru-paru.

Pelakon yang dikenali menerusi drama Mr Grey ini berkata, sebelum ini pernah mengalami jangkitan kuman dalam darah dan kencing tikus sekitar tahun lalu.

Ujarnya, pengalaman lalu membuat dia lebih peka terhadap kesihatannya dan bertindak lebih awal sebaik mengalami simptom tersebut.

"Saya jenis yang tak tunggu lama bila dah rasa ada yang tak kena dengan kesihatan saya, saya akan terus berjumpa doktor.

Saya jenis yang tak tunggu lama bila dah rasa ada yang tak kena dengan kesihatan saya, saya akan terus berjumpa doktor.

FENDY BAKRY

PELAKON

"Sebelum ini saya pernah kena lagi teruk iaitu dapat jangkitan kuman pakej dengan denggi dan kena kencing tikus tahun lalu.

"Mungkin disebabkan faktor persekitaran, makanan dan kebersihan yang menyebabkan mudah terkena jangkitan, ” ujarnya.

Sementara itu, Fendy berkata, dia juga sudah melakukan ujian calitan Covid-19 sebanyak tiga kali dan bersyukur menerima keputusan negatif.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dia mengakui bimbang dengan virus bahaya itu berikutan berada di hospital yang berisiko tinggi untuk dijangkiti.

"Saya risau juga dalam keadaan macam ni, terdedah dengan tempat yang mudah untuk dapat jangkitan Covid-19.

"Masa datang memang ramai orang, wad penuh. Selepas buat pemeriksaan kesihatan Alhamdulillah dah tiga kali calitan saya masih negatif.



Fendy dan isterinya Ayu berkahwin pada 29 Ogos 2020.

"Mungkin sebab saya dah terima dua dos suntikan vaksin, kebolehjangkitan Covid-19 tu rendah tapi tak menjamin saya tidak akan terkena” ujarnya.

Sementara itu, Fendy berkata, dia mungkin dibenarkan keluar dalam masa terdekat berikutan tahap kesihatannya yang semakin baik.

"Doktor dah inform saya boleh keluar dalam masa dua atau tiga hari lagi.

"Just keep antibiotik bunuh kuman dan akan ambil darah untuk buat pemeriksaan. Kalau tak ada apa-apa saya boleh keluar, ” ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain