suria

Nourul Wahab lega tak alami kesan sampingan ambil vaksin AstraZeneca, rayu jangan ada sikap ‘selfish’ - “Selagi ada benda ni, hidup tak tenteram”

Nourul terima suntikan dos pertama vaksin AstraZeneca pada 16 Mei lalu.

SELEPAS seminggu menerima suntikan dos pertama vaksin AstraZeneca, penyanyi Nourul Wahab memberitahu dia dan keluarganya tidak mengalami kesan sampingan yang teruk seperti demam atau sakit badan.

Menerusi Instagram, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab menasihati orang ramai agar tidak berasa bimbang untuk mengambil suntikan vaksin tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Esok! Pendaftaran pusingan kedua vaksin AstraZeneca dibuka kepada individu bawah 60 tahun

Menurut penyanyi berusia 44 tahun ini, vaksin itu merupakan pelindung diri daripada penyakit sama seperti suntikan yang diambil ketika zaman kecil.



Nourul berkongsi perkara itu menerusi laman Instagram miliknya.

"Sikit saja vaksin ni. Tak sakit. Alhamdulillah untuk kami anak beranak tak ada apa-apa kesan sampingan sama ada demam atau sakit badan. Saya tahu ada yang pening atau rasa nak pengsan.

"Biasanya sebab kita takut sakit atau seram rasa sakit. Tak kurang juga yang risau atau fikir yang bukan-bukan. All in the mind. Insya-Allah tak ada apa. Vaksin hanya untuk lindung kita dan orang lain sekeliling kita.

"Ingat tak masa kita kecil kita dapat vaksin polio, diphtheria dan macam-macam lagi. Rubella pun. Tak ada apa kan? Semua tu untuk lindung kita daripada tak kena penyakit tu semua. Samalah juga vaksin AstraZeneca ni," tulisnya.

Kita ditakutkan dengan macam-macam. Jadi, jangan pentingkan diri sendiri.

NOURUL WAHAB

PENYANYI

Ramai rakyat Malaysia sudah menerima suntikan vaksin AstraZeneca sejak awal Mei dan pendaftaran pusingan kedua secara sukarela pula akan dibuka kepada individu berusia di bawah 60 tahun bermula pukul 12 tengah hari Rabu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tempahan akan dibuka bagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.

Dalam pada itu, Nourul berharap rakyat Malaysia menjalankan tanggungjawab dengan mengambil suntikan vaksin itu dan tidak bersikap pentingkan diri sendiri.



Nourul mengajak semua orang daftar untuk vaksin.

"Pesan ni sebagai manusia. Sama macam hangpa (anda) semua. Hidup atas dunia ni bukan kita seorang saja. Kalau kita seorang, senang. Kalau kena apa-apa, mati seorang.

"Kami tak mewakili sesiapa atau kerajaan. Tapi kami wakil manusia lain yang mahukan kedamaian mental dan kehidupan.

"Selagi ada benda ni, hidup tak tenteram. Kita ditakutkan dengan macam-macam. Jadi, jangan pentingkan diri sendiri. Selfish yang orang dok sebut tu, tu la maksud dia. Jaga diri," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain